Isnin, 10 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Universiti tempatan tidak pernah sertai ranking Times

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Universiti tempatan tidak pernah sertai ranking Times

KUALA LUMPUR – Universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan The Times Higher Education World University Ranking (Times).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana universiti tempatan yang diangkat menjadi universiti penyelidikan pada 2007, belum matang untuk memenuhi standard 62.5 peratus penyelidikan yang ditetapkan Times.

"Kita tahu kalau kita masukkan juga kita tidak akan masuk dalam ranking 400 sebab kita masih baru dan perlu tunggu sehingga penyelidikan itu benar-benar matang," katanya pada sidang media selepas Anugerah Akademik Negara 2009/2010, di sini hari ini.

Mohamed Khaled mengulas mengenai tiada universiti tempatan tersenarai antara 400 universiti terbaik dunia, yang dikeluarkan Times pada Jumaat lepas yang menyenaraikan California Institute of Technology di tempat pertama diikuti Universiti Harvard dan Universiti Oxford.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, institusi tempatan memerlukan masa antara enam hingga tujuh tahun sebelum menimbang kemungkinan menyertai ranking itu. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

1,800 jurutera digembleng segerakan projek pertanian lewat: Noh

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

1,800 jurutera digembleng segerakan projek pertanian lewat: Noh

KUALA LUMPUR - Seramai 1,800 jurutera dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan disatukan dan digembleng bagi menyegerakan pelaksanaan lebih 20 projek berkaitan pertanian yang mengalami kelewatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata antara punca kelewatan ialah disebabkan pertukaran tapak dan kelewatan proses pembinaan bangunan.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan dalam kementerian itu tidak disiapkan dalam tempoh sepatutnya, ia akan memberi kesan kepada golongan nelayan, penternak dan menjejaskan keperluan rakyat.

"Contohnya, sistem pengairan untuk penanaman padi yang sepatutnya siap dalam masa dua tahun tetapi perlu dianjak setahun lagi, ini akan menyukarkan petani untuk mendapatkan hasil dengan cepat.

"Saya berharap jabatan dan agensi di bawah kementerian perlu menjaga projek di bawah kementerian ini. Jangan hanya projek di jabatan masing-masing saja," katanya selepas merasmikan majlis perhimpunan warga kejuruteraan kementerian itu di sini, hari ini.

Antara agensi dan jabatan di bawah kementerian itu ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved