Rabu, 26 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jururawat dibakar suami meninggal dunia

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jururawat dibakar suami meninggal dunia SHAH ALAM - Seorang jururawat yang melecur lebih 80 peratus pada tubuhnya setelah dibakar suaminya sendiri, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), awal pagi semalam.

Suriani Yahaya, 28, meninggal dunia selepas koma selama 10 hari akibat kecederaan teruk itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubu-ngi, mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.

:Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan dan laporan tersebut dijangka diperoleh hari ini.

Katanya, tempoh reman terhadap suami mangsa yang ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan, juga berakhir hari ini.

"Kita akan mohon kepada mahkamah untuk sambung perintah reman selama seminggu, sebelum kertas siasatan kes dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setelah laporan bedah siasat keluar, kita akan lihat sama ada terdapat keperluan untuk menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian itu, wanita malang tersebut dikatakan masuk ke dalam bilik air rumahnya di Kampung Baru untuk mandi, sebelum suaminya didakwa bertindak mencampak puntung rokok ke dalam bilik air itu yang disimbah petrol.

Tindakan itu diikuti dengan letupan sehingga menyebabkan mangsa melecur teruk di seluruh badan.

Full content generated by Get Full RSS.

Cubaan samun, tiga suspek ditahan

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Cubaan samun, tiga suspek ditahan

PETALING JAYA - Tiga lelaki yang melarikan diri selepas cuba menyamun ahli perniagaan bergelar 'Datuk' di hadapan sebuah kolej di Subang Jaya dekat sini, petang kelmarin, ditahan polis malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, suspek berusia antara 35 dan 52 tahun itu ditahan di sekitar kawasan kolej tersebut kira-kira 9 malam.

Tiga lelaki itu adalah perancang yang berkomplot dengan dua lelaki lain, ditahan selepas ditembak pengawal peribadi ahli perniagaan barangan lusuh berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan kami masih menunggu tempoh reman ke atas mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera ketika melakukan samun.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, ahli perniagaan berusia 48 tahun itu diiringi seorang pengawal peribadinya, ke tempat berkenaan bagi urusan jual beli barangan lusuh dengan dua suspek yang menaiki sebuah lori.

Dua suspek terbabit menyamar sebagai penjual barangan lusuh yang kononnya mahu menjual barang milik mereka kepada ahli perniagaan itu.

Ketika ahli perniagaan dan pengawal peribadinya berbincang di tepi jalan, dua daripada tiga suspek lain yang tiba dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback hitam meluru keluar menyerang pengawal peribadi berkenaan dengan parang dan kapak, menyebabkannya cedera di lengan kiri dan peha kanan.

Pengawal itu yang memiliki pistol, kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah empat suspek berkenaan menyebabkan dua cedera, manakala dua lagi melarikan diri bersama suspek yang menaiki kereta berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved