Jumaat, 14 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Yakin potensi China

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Yakin potensi China Coffee Omega (M) Sdn Bhd optimis melebarkan sayap niaga ke peringkat antarabangsa dalam usaha meluaskan rangkaian pemasaran produk keluaran syarikat berasaskan kopi.

Perlaksanaan perluasan pemasaran ini dilakukan setelah produk minuman tempatan berasaskan kopi mendapat maklum balas positif di pasaran China dan United Kingdom. Sehubungan de-ngan peluang tersebut, Coffee Omega yang telah berjaya mendapat tempat di pasaran tempatan tidak melepaskan peluang sekali gus memperkukuhkan jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif yang merupakan pengasas produk, Muhamad Lattepi Hashim berkata, dalam tempoh terdekat, Coffee Omega lebih memberi fokus kepada pasaran luar negara dan melihat Amsterdam; Kazakhstan; Jerman; Ghana; Mesir; Thailand; Indonesia; dan Rusia sebagai lokasi pemasaran berpotensi.

"Melihat kepada perkembangan positif dari pengguna antarabangsa, kami yakin produk keluaran syarikat mampu mengukuhkan jenama di pasaran luar negara bagi tempoh lama," katanya sambil memberitahu mampu mencipta kejayaan sejajar dengan motto syarikat 'Coffee Omega dapat membantu, ia bukan ubat tapi mujarab'.

Lattepi berkata, produk Coffee Omega semakin mendapat sambutan di pasaran China. Bilangan masyarakat Muslim dan pengaruh 'tukar selera' masyarakat China terhadap minuman berasaskan kopi menjadi salah satu faktor menyumbang kepada permintaan Coffee Omega di negara tersebut.

"Di China, perkemba-ngan pasaran sangat baik kerana masyarakat Islam di sana menitikberatkan soal halal selain strategi promosi berkesan yang dilakukan syarikat.

"Jika dulu masyarakat di China penggemar minuman teh tetapi kini mula beralih kepada kopi," katanya.

Pertanyaan lanjut boleh dihantar menerusi :info@coffeeomega.com.my:.

Full content generated by Get Full RSS.

Hati-hati guna aplikasi

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Hati-hati guna aplikasi Hati-hati guna aplikasi

Pengguna Android perlu dapatkan daripada vendor dipercayai

Pengguna telefon Android mesti berhati-hati sebelum memasang aplikasi yang dijual dalam pasaran Android dalam tempoh kurang 90 hari.

Pengasas Privateer Labs, Riley Hassell berkata, malware tidak ada dalam pasaran dalam tempoh yang panjang itu.

Menurutnya, pengguna Android perlu mengenal pasti sama ada aplikasi itu daripada vendor yang dipercayai.

"Sebagai contoh, jika anda memasang aplikasi Skype, anda perlu mendapatkannya daripada Skype.com, dan bukan daripada vendor lain," katanya pada taklimat media selepas pembentangan 'Menggodam Android untuk Keuntungan" pada Persidangan Hack in the Box Security 2011 di Kuala Lumpur.

Hassel berkata, app phishing yang membolehkan penggodam memintas nama pengguna dan kata laluan untuk aplikasi popular, dijangkakan semakin popular dalam bulan-bulan akan datang.

Dalam pembentangannya, Hassell menunjukkan aplikasi yang menyamar sebagai Skype untuk memperoleh akses kepada akaun pengguna Skype.

Beliau juga menasihatkan pengguna Android supaya melihat penarafan aplikasi dan membaca ulasannya sebelum meneruskan pemasangan.

"Jika ia mempunyai 30,000 penarafan, ia baik namun jika hanya ada dua penarafan, ia sebaliknya.

"Androids mempunyai proses pengesahan minimum. Oleh itu anda mesti membuat keputusan bijak mengenainya dan tanya diri sendiri sama ada aplikasi anda perlu mengetahui maklumat mengenai anda," katanya.

Hassell berkata, pengguna Android yang memasang malware dalam telefon mereka supaya mengembalikannya kepada default.

"Anda mungkin hilang gambar peribadi dalam telefon, namun Android bersih daripada sebarang malware," katanya.

Privateer Labs ialah syarikat keselamatan produk dan perkhidmatan yang memiliki pengalaman keselamatan melebihi 30 tahun.

Persidangan The Hack in the Box Security yang terbesar di Asia dan persidangan keselamatan rangkaian paling popular, menghimpunkan pakar-pakar keselamatan utama yang disegani untuk latihan teknikal amali serta pembentangan kajian. -Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved