Selasa, 4 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Campak bayi dalam longkang

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Campak bayi dalam longkang GOMBAK - Gara-gara mahu menyembunyikan kelahiran anak hasil daripada perhubungan haram, seorang pelatih restoran berusia 19 tahun, sanggup mencampakkan bayi perempuan baru dilahirkan dari tingkat dua, rumahnya ke dalam longkang di flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila, mayat bayi itu ditemui orang awam, yang melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, mayat mangsa yang masih bertali pusat itu berada dalam keadaan tertiarap dalam longkang tersebut.

"Polis mengesan ibu mangsa itu yang tinggal di flat terbabit.

"Kita tahan dia kira-kira jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.

Abdul Rahim berkata, hasil soal siasat awal, suspek mengaku melahirkan bayi terbabit kira-kira jam 4 pagi dalam tandas asrama yang disediakan pemilik restoran dia bekerja.

Menurutnya, suspek yang panik selepas mendapati bayi dilahirkan tidak bernyawa, bertindak membuang bayi itu ke dalam longkang.

Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang bekas askar, Zahrizan Shaari, 27, berkata, dia diminta jirannya melihat sesuatu dalam longkang perumahan tersebut.

"Saya baru sampai dari Jengka, Pahang lebih kurang jam 7 pagi tadi (semalam). Tiba-tiba ada seorang pak cik panggil, minta saya sahkan sama ada objek dalam longkang adalah bayi atau tidak.

"Bila saya tengok memang betul ada bayi perempuan dalam keadaan bogel tertiarap di situ. Saya terus maklumkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Zahrizan berkata, dia tahu remaja itu tinggal bersama kawan-kawannya di tingkat dua flat berkenaan.

1,947 kes juvana tahun lalu

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

1,947 kes juvana tahun lalu TAMPIN – Sebanyak 1,947 kes gejala sosial membabitkan juvana dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2010.

Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, menerusi jumlah itu, sebanyak 3,701 pelajar ditangkap atas kesalahan dilakukan.

"Berdasarkan rekod, seramai 3,545 pelajar berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun terlibat gejala sosial, termasuk 499 pelajar terlibat kes kecurian motosikal," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, sepanjang Januari sehingga Julai tahun ini, 1,575 kes gejala sosial m:elibatkan juvana dilaporkan.

:"Daripada jumlah kes diterima, polis berjaya menangkap 1,442 pelajar termasuk 291 terlibat jenayah curi motosikal," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Se-Malaysia Ke-8 di Pusat Latihan Polis Bantuan, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, seramai 11,058 anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dinaikkan pangkat kepada koperal melalui kaedah 'time-based'.

Menurutnya, kenaikan pangkat kesemua anggota tersebut adalah mereka yang layak selepas memenuhi syarat perkhidma-tan tanpa melalui proses temu duga.

"Kesemua mereka terpilih daripada 16,010 anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal yang layak melalui empat fasa kaedah tersebut.

"Manakala selebihnya seramai 4,950 anggota akan dinaikkan pangkat secara berperingkat melalui fasa lima dan enam yang dijangka dalam tempoh terdekat," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved