Khamis, 20 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

74,958 bekas polis terima sagu hati

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

74,958 bekas polis terima sagu hati KUALA LUMPUR - Seramai 74,958 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang berkhidmat semasa zaman darurat atau balu mereka akan menerima sagu hati khas kerajaan sejak 2003 hingga kini berjumlah RM74.9 juta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, setiap bekas polis atau balu kepada anggota polis itu menerima RM1,000 secara 'one-off'.

"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan wira yang tidak didendang ini, iaitu anggota pasukan keselamatan termasuk lebih kurang 48,000 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat.

"Mereka ini terdiri daripada bekas anggota :Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout: dan Jungle Squad," katanya menjawab soalan :Mohd Nasir Ibrahim (BN-Kuala Nerus): pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Mohd Nasir dalam soalannya bertanya sejauh mana kerajaan mengiktiraf dari segi pemberian pampasan dan pencen kepada pasukan keselamatan yang terkorban ketika menentang komunis seperti peristiwa Bukit Kepong.

Abu Seman berkata, kerajaan akan sekali lagi memberi sumbangan RM3,000 secara 'one-off' kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta balu mereka di bawah Belanjawan 2012.

"Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos sara hidup mereka sekeluarga," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memberi bantuan kepada mereka melalui Tabung Amanah Warisan Polis yang menyediakan bantuan kebajikan meliputi khairat kematian, perubatan, pembelian alat pergerakan dan anggota palsu, pelajaran serta bencana alam. - Bernama

Akta Keselamatan Sosial Pekerja dipinda 9 kali

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Akta Keselamatan Sosial Pekerja dipinda 9 kali

KUALA LUMPUR - Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 telah dipinda sebanyak sembilan kali sejak 1979 hingga 2010.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, pindaan itu dilakukan mengikut kesesuaian semasa.

"Kali terakhir ianya dipinda pada 2005. Pada awal 2011 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ada membuat semakkan terhadap akta ini.

"Lanjutan semakan tersebut beberapa cadangan pindaan terkini dan bersesuaian kehendak semasa telah dikenal pasti," katanya yang menjawab soalan :Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat-PKR).

Katanya, semua cadangan sedang diperhalusi agar seiring peningkatan had umur persaraan dan penetapan gaji minima.

Menjawab soalan tambahan daripada :Hamin Samuri (Ledang-BN):, Maznah berkata, tahap perkhidmatan kaunter Perkeso adalah baik dan pegawai yang bertugas juga mesra pelanggan.

"Perkeso menyasarkan tuntutan berbentuk mudah boleh diselesaikan dalam tempoh tujuh hari. Manakala bagi tempoh 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan rumit.

"Bagaimanapun, Perkeso telah merentasi sasaran tersebut apabila mampu menyelesaikan masalah tuntutan dalam tempoh tiga hari jika pencarum mengemukakan dokumen lengkap," katanya.

Menurutnya, Perkeso sedang menaik taraf sistem teknologi maklumat mereka bagi memudahkan pencarum melihat data terkini caruman dibuat majikan.

Selain itu, pihaknya sedang mengusahakan penyata tahunan untuk diberikan kepada pencarum.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved