Ahad, 30 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


248,000 pengundi muda akan bersama BN

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

248,000 pengundi muda akan bersama BN

KUALA LUMPUR – Seramai 248,000 pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah di Wilayah Persekutuan dijangka bersama Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Datuk Mokhtar berkata jangkaan awal itu dapat dikesan menerusi gerak kerja turun padang yang dijalankan pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Menurutnya 'trend' pengundi sudah berubah dan kebanyakkannya tidak mempercayai parti pembangkang yang hanya melebihkan politik daripada membantu rakyat.

"Ini merupakan senario dan semua maklumat positf ini diperolehi menerusi pertemuan dengan pengundi - pengundi di beberapa kawasan utama di Wilayah Persekutuan,"katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Wilayah Persekutuan adalah merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Katanya apa yang diperkatakan ketua pembangkang itu sebenarnya tidak berlaku kerana rata-rata rakyat di sini sudah meluat dengan permainan politik pembangkang yang gemar menaikkan pelbagai isu sensitif terutama melibatkan agama Islam "katanya.

Beliau ketika ditemui pada Program Taklimat Jentera Pilihanraya Pemuda BN Segambut dekat sini turut mengingatkan ahli pemuda parti komponen dapat bergerak membantu BN menjalan kerja-kerja kemasyarakatan diperingkat akar umbi.

"Saya harap semua jentera sudah bersedia dan taklimat yang diadakan pada hari ini adalah merupakan fasa pertama untuk program ini yang akan diperluas di seluruh Wilayah Persekutuan,"katanya.

Difahamkan setakat ini Wilayah Persekutuan sendiri mempunyai 300 peti undi melibatkan 13 buah parlimen.

Sementara itu Ketua Pemuda BN Segambut Mahadhir Sulaiman berharap dengan adanya taklimat seperti itu pemuda BN di kawasan itu mempunyai matlamat dan seterus bekerja keras lebih keras lagi untuk memastikan kemenangan BN dikawasan itu.

"Salah satu daripada usaha kami adalah untuk memastikan gerak kerja pilihanraya akan datang berjalan lancar dengan semua parti terutama dari Umno , MCA, Gerakan dan MIC dapat bergerak seiring dalam apa jua progrzm yang diadakan selepas ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MIC Dr S.Thiru dan Ketua Pemuda MCA Dr.S.Thiru dan wakil Pemuda Gerakan Segambut. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Sharbinee Allawee mohon maaf kerana tak rapi jaga gol

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sharbinee Allawee mohon maaf kerana tak rapi jaga gol

KUALA TERENGGANU – Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.

Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

"Saya memang kecewa kerana semasa perlawanan penting, terjadi insiden yang tidak diduga ini, perlawanan memang sengit, bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, hari ini.

Jelas pemain yang berusia 25 tahun itu, kerana kesilapan inilah mereka telah terlepas peluang untuk menjulang piala yang diidam-idamkan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah bapa kepada seorang anak ini.

Bagaimanapun kesilapan dan kekecewaan ini telah mengajar beliau dan rakan sepasukan dan ia memberi pengalaman yang cukup berguna dan menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved