Isnin, 10 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kecewa tiada gaji minimum

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kecewa tiada gaji minimum SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meluah kan rasa kecewa setelah pengumuman ditunggu-tunggu selama ini iaitu mengenai gaji minimum sektor swasta tidak disentuh di dalam Bajet 2012, Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, sekalipun tidak menetapkan berapa jumlah gaji minimum itu, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menyebut mengenainya.

"Kita bersyukur sekiranya mereka ada sebut akan kaji gaji minimum sektor swasta, tetapi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu.

"Memang pada saya keseluruhan bajet kali ini memberi kebaikan kepada semua, tetapi apa yang disuarakan dan diperjuangkan sektor swasta tidak mendapat perhatian," katanya.

Menurutnya, apa yang dinikmati pekerja sektor swasta hasil pembentangan bajet itu ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan kepada 13 peratus caruman majikan mereka yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah serta Skim Persaraan Swasta (SPS) hanya akan diumumkan.

Selain itu, beliau berkata, Elaun Sara Hidup (Cola) yang kini hanya dibayar kepada kakitangan kerajaan juga tidak dinikmati pekerja swasta.

"Sejak dahulu lagi kita memperjuangkan Cola supaya diberikan kepada pekerja swasta, malangnya isu ini juga tidak disentuh. Selain itu, kita juga memperjuangkan had umur persaraan 60 tahun, malangnya hanya kakitangan kerajaan yang dapat," katanya.

Sebelum ini, MTUC mahu kerajaan menetapkan gaji minimum melebihi RM900 bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini menjelang akhir tahun ini memandangkan jumlah minimum RM900 kini tidak lagi relevan ekoran kenaikan kos sara hidup pada masa kini

"Gaji minimum itu diperjuangkan sejak 11 tahun lalu. Jika kerajaan beri lebih, ia petanda baik tetapi kalau RM700, jumlah itu tidak lagi praktikal pada masa sekarang.

"Kami mencadangkan supaya gaji minimum ditetapkan sekurang-kurangnya RM900, melepasi garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia manakala RM760 dan RM780 untuk Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 35 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan malah pendapatan itu dilihat tidak praktikal bagi masyarakat di negara ini.

RM121 juta majukan tanah

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

RM121 juta majukan tanah

KUALA TERENGGANU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), memperuntukkan RM121 juta untuk memajukan tanah seluas 40,000 hektar di seluruh negara dengan projek tanam semula getah, tahun depan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, di Terengganu, ia melibatkan kawasan seluas 1,500 hektar, dengan peruntukan RM13.8 juta.

Menurutnya, pekebun kecil mempunyai kebun yang sudah layak ditanam semula, digalakkan membuat permohonan kepada Pejabat Risda Negeri dan daerah di seluruh negara.

"Kita akan membuat gerakan Kempen Tanam Semula Getah bersama pekebun kecil supaya tidak melewatkan usaha tanam semula bagi terus memampankan harga komoditi.

"Risda akan memberi bantuan RM9,230 sehektar kepada setiap pekebun kecil di Semenanjung bagi setiap hektar tanah, manakala bagi Sabah dan Sarawak, RM14,000 sehektar," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah (PBR) dan pelancaran Kempen Tanam Semula Getah peringkat Negeri Terengganu di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); Datuk Ibrahim Muhamad dan Pengarah Risda Negeri; Zakaria Mat Zin.

Sementara itu, Hasan berkata, Program Bantuan Rumah (PBR) dilaksanakan bertujuan menyediakan rumah lebih selesa untuk didiami masyarakat miskin, warga tua, uzur, cacat dan ibu tunggal.

"Setakat September 2011, Risda telah memperuntukkan RM238 juta, melibatkan 10,205 unit rumah sama ada bina baru atau baik pulih meliputi kawasan Semenanjung Malaysia �kecuali Perak dan Kedah.

"Pada tahun ini, Risda berjaya membina dan membaik pulih 894 unit rumah, melibatkan �peruntukan RM30 juta dan daripada jumlah itu, RM5.6 juta adalah di Terengganu bagi �melaksanakan pembinaan 131 unit rumah baru dan 82 unit rumah untuk dibaik pulih," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memfokuskan �kepada program baik pulih rumah dengan pembiayaan maksimum RM11,000 bagi setiap �rumah dan bagi rumah baru, pembiayaan �maksimum RM33,000.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved