Isnin, 17 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Kementerian sokong penerbitan iProperty.com Malaysia

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kementerian sokong penerbitan iProperty.com Malaysia Penerbitan sulung buku mengenai pemaju hartanah tempatan oleh iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, Malaysia's Top Property Developers 2011/2012, mendapat sokongan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Buku yang akan dilancarkan Disember ini sejajar dengan misi syarikat untuk lebih berinovatif dalam mencari jalan mempromosikan industri hartanah di Malaysia kepada dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam satu kenyataan berkata, Shaun di Gregorio berkata, sokongan daripada kedua-dua kementerian berkenaan merupakan satu penghormatan yang besar ertinya.

"Dengan wawasan dinamik dan dikongsi antara semua pihak, kami dapat meletakkan Malaysia pada kedudukan terbaik untuk menarik warga asing melabur dan meningkatkan daya saing negara dalam industri ini," katanya.

Bank perlu siap sedia ancaman siber

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bank perlu siap sedia ancaman siber Bank dan institusi kewangan wajar memikirkan semula amalan keselamatan rangkaian tradisional mereka berdasarkan perkembangan peranti mudah alih, peluasan permintaan jalur lebar dan kemunculan ancaman siber baru.

Penyedia utama keselamatan rangkaian, Fortinet berkata, keselamatan teknologi maklumat (IT) dalam sektor kewangan mula mencecah hadnya dalam memberi jaminan tahap yang tepat mengenai pelindungan dan kerahsiaan data sensitif.

"Sejak kebelakangan ini, institusi kewangan menghadapi cabaran yang semakin besar untuk sentiasa mencari jalan bagi meningkatkan liputan keselamatan, prestasi dan ketampakan, dan pada masa sama memenuhi kehendak kawal aturan yang ketat," katanya dalam satu kenyataan.

Fortinet berkata, berikutan semakin banyak fungsi perniagaan kewangan dilakukan secara dalam talian, bank perlu merombak semula strategi keselamatan ITnya.

Menurutnya, penyelesaian yang diguna pakai memudahkan dan menyepadukan kerangka bina keselamatan merentas keseluruhan rangkaian, termasuk pejabat cawangan, sistem mesin juruwang automatik dan kemudahan mudah alih, merupakan satu-satunya kaedah yang boleh mengurangkan risiko pendedahan dan pada masa yang sama mengehadkan kompleksitinya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved