Rabu, 12 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Hidup mati Pas pada hudud

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Hidup mati Pas pada hudud SHAH ALAM – Pas tidak mempunyai pilihan selain terus perjuangkan hudud meskipun hasratnya melaksanakan undang-undang itu dibantah keras oleh DAP.

Pensyarah Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, survival Pas bergantung pada penampilannya dalam memperjuangkan hudud dan juga model pemerintahan secara Islam.

"Jika tidak, Pas akan hilang sokongan. Jadi mahu tak mahu, Pas perlu terus perjuangkan hudud meskipun itu akan jadi duri dalam daging bagi hubungannya dengan DAP dalam pakatan," katanya.

Ahmad Atory berkata, hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan bagaimanapun boleh dianggap hampir mustahil berikutan bantahan yang berterusan daripada DAP.

"Bantahan DAP boleh dimanfaatkan oleh Pas untuk menunjukkan parti itu tetap bertegas dalam memperjuangkan hudud. Penentangan ini selain halangan oleh Kerajaan Pusat akan terus menjadi sebab bagi Pas untuk tidak lagi melaksanakan undang-undang itu.

"Namun meninggalkan hudud dalam agendanya boleh pendekkan usia kemenangan Pas," katanya.

Ahmad Atory turut membidas sikap Pas yang hanya semata-mata mahu melaksanakan undang-undang itu setelah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskannya pada 1993 namun tidak pernah melaksanakan program memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan hudud.

"Jangan kata orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun masih bercelaru dalam hal hudud. Sepatutnya proses ini dibuat dahulu jika mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya," katanya.

Dalam keadaan ini, kata Ahmad Atory, adalah lebih baik bagi Pas berusaha mempertahankan kemenangan di Kelantan manakala DAP memberi fokus terhadap Pulau Pinang.

"Dalam keadaan mereka sendiri saling berbantah, tidak mudah sebenarnya untuk PR menguasai Putrajaya," katanya.

Seorang lagi sarjana, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (gambar) berkata, DAP tidak boleh mengharapkan Pas untuk berkompromi dalam penentangan mereka terhadap hudud kerana perjuangan menegakkan hukum Islam sudah menjadi prinsip asas parti itu sejak sekian lama.

"Sebagaimana perjuangan DAP yang berteraskan 'Malaysian Malaysia', Pas akan terus berpegang kepada perjuangan hudud mereka sampai bila-bila," kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM itu.

Sivamurugan berkata, pertembungan terbuka Pas dan DAP dalam isu hudud menunjukkan mereka terikat kukuh dengan prinsip perjuangan masing-masing.

"Siapa yang sanggup korbankan prinsip untuk sekadar berada dalam barisan pembangkang yang hanya mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN)?. Ini menunjukkan masih belum ada penerimaan ke atas perjuangan asal masing-masing ataupun kematangan dalam mencapai keputusan kolektif.

"Apa yang berlaku hanya permainan politik untuk kelirukan masyarakat?" katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Boleh pilih terima, tolak RM100

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Boleh pilih terima, tolak RM100

GEORGETOWN - Anak daripada keluarga berada mempunyai pilihan untuk menerima atau tidak, bantuan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah kerana ia hanya akan diberi kepada mereka yang memohon.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pemberian RM100 kepada 5.3 juta pelajar tahun satu hingga tingkatan lima yang diumumkan dalam Bajet 2012 bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan satu pendekatan berinovasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pemberian bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang memohon sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun depan namun pelaksanaannya akan dibincangkan," katanya, pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Literasi Pembelajaran Bahasa Asia 2011 di Hotel Berjaya di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Dekan Fakulti Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, Profesor Dr Ambigapathy Pandian.

Beliau berkata, pelajar daripada keluarga berkemampuan mempunyai pilihan sama ada mengambil atau tidak bantuan itu kerana keutamaan diberi kepada pelajar kurang berkemampuan.

"Dengan 5.3 juta pelajar layak, jumlah pemberian adalah RM530 juta dan jika ada tidak mengambilnya, maka perbelanjaan dapat dijimatkan," katanya.

Menurutnya, pelaksanaannya akan dibincangkan termasuk pemberian baucar RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kerana ia membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Mengulas tuntutan sesetengah ibu bapa agar meneruskan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau berkata, kementerian ada menerimanya dan sedang mengkaji dan berbincang.

"Semalam (kelmarin), saya mempengerusikan mesyuarat soft landing untuk lihat adanya permintaan ibu bapa untuk meneruskan PPSMI untuk anaknya sehingga tamat. Jadi, membincangkan mekanisme soft landing akan memberi ruang kepada pelajar terbabit," katanya.

"Beberapa perkara yang dibincangkan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran untuk membuat keputusan. Namun, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) tetap akan diteruskan, kita tidak akan berundur untuk melaksanakan semula PPSMI," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved