Khamis, 13 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Cukai rokok, arak majukan bola sepak

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Cukai rokok, arak majukan bola sepak KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen bebas mencadangkan kerajaan supaya menggunakan hasil daripada cukai rokok dan arak untuk membiayai program pembangunan sukan, terutama bola sepak di negara ini.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) berkata, pendapatan hanya RM30 juta setahun diperolehi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mencukupi untuk membiayai program pembangunan persatuan itu untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air.

"Kerana itu, setelah kerajaan mengharamkan penglibatan syarikat pengeluar rokok sebagai pengiklan dan penaja aktiviti sukan di negara ini, saya fikir ia perlu digantikan dengan cukai daripada hasil rokok dan arak untuk membiayai pembangunan sukan terutama bola sepak," katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Zahrain berkata, kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap isu berkaitan sukan bola sepak yang membabitkan soal kewangan kerana ia merupakan elemen penting untuk memajukan sukan itu.

"Sukan bola sepak hari ini memerlukan dana yang kukuh dan sumber kewangan mantap. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu. Lihat sahaja, pendapatan Persatuan Bola Sepak Jepun, AS$150 juta (RM467 juta) setahun berbanding pendapatan yang diterima FAM, hanya RM30 juta sahaja. Jumlah ini tidak cukup," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Sehubungan itu, Zahrain minta kerajaan menimbang dengan teliti cadangannya itu kerana sukan adalah permai-nan rakyat dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan ia terbela dan mempunyai dana yang mencukupi.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta terbang

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kereta terbang

BENTONG – Seorang warga emas maut dalam kemala-ngan melibatkan tiga kenderaan yang berlaku di Kilometer 45.5 Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Saudah Ahmad, 73, beralamat di No 419 Felda Bukit Bading, Ajil, Terengganu.

Mangsa menaiki kenderaan jenis Myvi bersama tiga lagi saudara dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur .

"Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai melanggar sebelah kanan sebuah Landrover milik Angkatan Tentera Malaysia dan kemudiannya terbabas ke kanan jalan.

"Kemudian kereta Wira itu melanggar tembok pembahagi jalan dan terus memasuki laluan bertentangan. Selepas itu ia bertembung dengan kereta Myvi yang dinaiki mangsa," katanya.

Mohamad Mansor berkata, mangsa yang duduk di bahagian belakang pemandu Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, tiga penumpang Myvi dan pemandu kereta Wira pula hanya mengalami kecederaan ringan serta menerima rawatan di Hospital Bentong.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada polis," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved