Rabu, 12 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Kesan cakap tak bertapis

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sewaktu orang tua kita muda-muda dahulu, terdapat majlis kecil dan tidak formal harian yang dinamakan sembang kedai kopi. Sekumpulan orang kampung, biasanya kakitangan kerajaan yang sudah pencen, ataupun pekerja di ladang atau sawah yang sudah habis bekerja, bersembang kosong di kedai kopi.

Perkara yang disembangkan itu bisa sekali hal-hal yang menjadi masalah Pak Menteri. Sumber maklumat mereka yang bersembang adalah berita akhbar yang terletak di kedai kopi. Berita-berita sensasi di akhbar tidak kira berita skim bantuan baja padi kepada petani, isu pelajar lembam, perang di Vietnam mahupun cerita album baru penyanyi pop yeh-yeh, Jefridin menjadi topik perbincangan.

Biasanya akan ada seorang pembaca berita yang menyampaikan apa yang ditatapnya. Ceritanya akan disampuk oleh teman-teman yang duduk semeja. Biasanya ramai yang akan mengiakan apa yang disampaikan oleh si penyampai berita. Suasana yang riuh rendah itu akan menarik mereka daripada meja-meja lain untuk duduk sama mendengar dan bersembang.

Sembang-sembang juga berlaku di surau-surau selepas Maghrib hingga waktu Isyak, di majlis-majlis kenduri kahwin, majlis tahlil atau sembang-sembang di tepi sungai sambil membasuh kain atau di halaman sambil menyidai baju bagi orang perempuan. Pendek kata, inilah cara berkomunikasi dalam isu-isu sosial bagi orang dahulu.

Semakin kita maju, sembang kedai kopi sudah bertambah tempat ke coffee house. Cuma, sembang di coffee house biasanya terfokus kepada dua perkara utama sama ada politik atau bisnes kerana ia adalah salah satu bentuk bersosial yang wajib bagi golongan kian mendapat tempat di dalam masyarakat ketika itu, iaitu golongan politikus mahupun usahawan.

Namun, pada hari ini, dengan adanya alam siber, sembang di kedai kopi telah dibawa ke dalam ruangan-ruangan forum, blog, laman sosial seperti facebook dan twitter. Melihat kepada banyaknya laman sembang di alam siber ini, ia sah menunjukkan kita pada hari ini memang suka bersembang.

Bezanya, kalau dahulu topik yang dibincangkan lebih banyak perkara-perkara yang serius berkaitan agama, bangsa, negara, kampung, atau maruah, tetapi pada hari ini, agenda sembang-sembangnya sudah tiada sempadan ~ tiada sempadan topik sembang, tiada sempadan benar atau fitnah, dan tiada sempadan usia mereka yang berbicara.

Adakah perkara ini sihat? Pada dasarnya ia sihat kerana memberi peluang dan ruang kepada sesiapa sahaja untuk mengeluarkan pendapat. Masyarakat dikatakan semakin terbuka dan matang. Bagaimanapun, bila kita menelusuri dan meneliti sembang-sembang yang dipaparkan, kita akan dapati ramai di kalangan kita sebenarnya bukan semakin terbuka, malah semakin jumud fikiran. Bukannya semakin matang, sebaliknya makin kebudak-budakan.

Apabila peluang sudah terbuka bagi semua orang memperdengarkan suaranya kepada dunia, masing-masing akan menzahirkan pandangan dan perasaan tanpa mengira sama ada suaranya mengenai perkara benar atau salah, berfaedah atau mendatangkan mudarat.

Jika dahulu, sembang kedai kopi yang ditokok tambah hanya dihadiri oleh pendengar yang terhad, kini berpuluh, beratus, malah beribu orang boleh menatap serta memberi respons terhadap apa yang diperkatakan. Baguslah, kalau topik yang diutarakan itu bermanfaat.

Sebaliknya, kalau topik pembuka bicaranya hanyalah melepas perasaan dengan menjerit 'ooh' atau 'ahh' apa ke halnya? Ianya tentu tidak berfaedah dan malangnya ia mengheret orang lain untuk bersama-sama bercakap perkara yang tidak berguna itu.

Lebih malang lagi, bila ada di kalangan kita menganggap dunia tanpa sempadan alam siber ini seolah-olah juga dunia yang tanpa dosa. Tidak hairanlah kalau seseorang yang tertib dan berakhlak di alam nyata tiba-tiba menggunakan bahasa yang celopar, biadab dan seperti kurang ajarannya.

Meskipun sembang di kedai kopi itu bebas, ia tidak menjejaskan apa-apa. Sebaliknya, sembang di alam siber menggalakkan anarki bahasa, anarki fikiran yang telah mencetuskan anarki tindakan yang boleh meruntuhkan tamadun bangsa. Ia bagus seandainya tamadun yang diruntuhkan itu digantikan dengan tamadun baru yang lebih baik. Namun, tamadun sesuatu bangsa yang runtuh itu biasanya tidak bisa dibina kembali.

Mana ada sesebuah tamadun bangsa yang runtuh boleh terbina semula kecuali replika arkitekturnya sahaja?

Riwayat Bukhari dan Muslim: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." Barangkali, berkata baik atau diam itu mempunyai implikasi yang besar dan penting bukan sahaja untuk menjaga diri, malah terangkum untuk menjaga tamadun bangsa. Wallahualam.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelopor peradaban moden manusia

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Saya mulakan ruangan minggu ini dengan pengakuan tanpa provokasi: saya sering teruja dengan gadjet-gadjet rekaan mendiang Steve Jobs di bawah label Apple. Teruja sehingga sanggup berpisah dengan wang ringgit untuk mempelopori setiap keluaran Apple yang terbaru, tidak kira sama ada ia bernama iPod atau iPad atau iPhone atau MacBook.

Jika ditanya antara rekaan Jobs paling berkesan dalam hidup saya, secara peribadi, saya akan pilih komputer riba MacBook. Bukan saya tidak kagum dengan kemampuan beliau mengahwinkan aplikasi muzik, riadah dan kesinambungan internet melalui iPod Touch; bukan sekejap mulut ternganga melihat inovasi mudah-alih – digelar cross-breed antara iPod Touch dan MacBook – yang diberi nama iPad; tetapi komputer riba MacBook yang saya usung ke hulu ke hilir ini banyak menyenangkan saya semasa menulis ayat-ayat dalam kapasiti sebagai seorang peguam mahupun penulis.

Dan ketagihan tegar saya itu berasas sebenarnya. Pada 2008, tatkala syarikat Apple mula bangkit dari lena panjang dan mula menjana keuntungan melangit melalui jualan komputer model MacBook, saya agak skeptikal tentang produk perisian lain selain Windows. Pada masa sama, hati juga sedang menggelegak dengan komputer riba Acer yang tidak sampai setahun dibeli, sudah lembab digigit virus.

Jadi ubah pendirian lalu menyalahgunakan kad kredit untuk membeli komputer riba MacBook saya yang pertama. Sejak dari tarikh monumental itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang. Kunci MacBook berjaya mencuri hati saya ialah melalui perisian mesra-pengguna, antara muka (interface) yang tidak serabut di mata, disokong pula oleh laman App Store dan aplikasi iPhoto yang bijak dan menyenangkan. MacBook juga menyaksikan saya menulis ribuan hujahan bertulis, afidavit, pendapat, novel, kolum dan terbitan berkala. Pendek kata, kalau dengan komputer lain, semangat untuk menulis dan bekerja itu tidaklah gah mana; dan paling istimewa, MacBook ini telus serangan virus.

Jika sudah begitu ketentuan jalan sistem komputer untuk saya, sudah tentu saya berterima kasih dengan ciptaan Jobs (walaupun mahal). Bukan saya mengagungkan manusia biasa, tetapi seperti telah saya kicau semula di laman Twitter: mendiang Jobs telah bertanggungjawab merubah peradaban moden, sama seperti Darwin dan Einstein (untuk rekod, saya tidak bersetuju dengan teori Darwin secara amnya).

Tetapi ada pula suara-suara sumbang di portal internet, terutamanya di laman Gawker.Com menerbitkan obituari berbaur kecaman apabila Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober lepas. Obituari bertajuk What Everyone Is Too Polite to Say About Steve Jobs telah menjadi viral di internet dan dikitar semula sebanyak lebih 91,000 kali di laman Facebook. Menurut penulis obituari Gawker.com, Ryan Tate, walaupun Jobs dianggap separa-tuhan di kalangan perintis komputer dunia, beliau mempunyai tabiat buruk di mana dia sering marah, memperkecil-kecilkan ciptaan rakan sekerja, mencarut secara liberal di pejabat, dan walaupun mempunyai harta anggaran sebanyak AS$ 7 bilion pada saat kematian, beliau tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja amal atau menderma di mana-mana philanthropic causes.

Tetapi, saya bersandar kepada balasan yang ditulis oleh Jean-Louis Gassée dalam terbitan berkala, The New Yorker, di mana beliau telah menyanggah: "Steve Jobs wasn't a god, but lets give him his due". Manusia dicipta berbeza, peribadi juga begitu, kita tidak boleh menyangkal sumbangan seseorang terhadap dunia hanya kerana mereka insan biasa.

Apa yang menakjubkan produk Apple apabila pengguna merasakan seperti Jobs sendiri yang menghulurkan setiap gadjet terbaru dalam pasaran. Pendek kata, Jobs telah merubah sistem komputer rumah dan telefon pintar agar jadi lebih mudah untuk setiap orang – terutamanya orang-orang kurang bijak teknologi seperti saya.

Revolusi harus berkitar tentang manusia, dan fakta ini telah disimpan rapi dalam hati Jobs, kerana beliau selalu mencipta produk yang lebih slik, versatil, mesra-pengguna dan dipengaruhi fesyen terkini, dan Jobs juga, selain pelopor komputer terulung, tetap menggunakan pengaruh seni kaligrafi dalam setiap ciptaan.

Kalau tidak hebat rekaan iPhone 4 oleh Jobs, bagaimana harus saya jelaskan kepada pembaca budiman, tentang kerenah seorang kawan saya, Sharifah Shahidah, yang sanggup bersengkang mata hingga jam 4 pagi, hanya untuk menunggu pelancaran serentak telefon pintar itu yang disiarkan secara langsung dari Amerika? Dan sebenarnya di dunia ini, ada ramai geek komputer tegar seperti Shahidah.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved