Isnin, 3 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


BN tidak tentang hudud: Dr M

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

BN tidak tentang hudud: Dr M

JITRA - Barisan Nasional (BN) bukan menentang pelaksanaan hukum hudud tetapi ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Malaysia didiami seratus peratus orang Islam, ia wajar dilaksanakan.

"Jika mahu laksana hudud, perlu bersikap adil. Pas kata hukum ini hanya untuk orang Islam bermakna bukan Islam dikecualikan. Bagaimana hukuman akan dijalankan untuk kesalahan jenayah yang sama, contohnya apabila dua orang mencuri, yang Islam potong tangan manakala bukan Islam dipenjara, adilkah?" katanya.

Katanya, beliau sendiri bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi perlu disesuaikan dengan situasi negara ini.

"Berapa banyak negara Islam amalkan hukum hudud? Saya pun hairan kenapa Pas terlalu menekankan isu hudud ini, seolah-olah jika tak ada hudud, bukan Islam. Sedangkan Islam hanya selepas kita ucap syahadah," katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bertegas akan melaksanakan hudud di negara ini, jika proses pindaan Perlembagaan diluluskan Parlimen tanpa perlu menunggu Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata, "jika mereka benar-benar yakin, usul itu boleh dibawa dalam Dewan Rakyat."

"Suruh beliau bawa usul itu dalam Dewan Rakyat, jika ramai wakil rakyat setuju, pindalah. Tetapi beliau harus ingat, perlu dapatkan sokongan dua pertiga majoriti," katanya.

Berhubung pendirian Pas yang masih bertegas melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu, Dr Mahathir berkata, mereka sekadar berjanji kerana yakin mereka akan kalah.

"Mereka berani cakap sahaja sebab akan kalah, jadi tak perlu tunaikan janji, macam sebelum ini mereka janji masuk syurga jika sokong Pas," katanya.

Perlu ambil kira politik, ekonomi

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perlu ambil kira politik, ekonomi

SHAH ALAM - Perlaksanaan undang-undang Islam, iaitu hudud, perlu mengambil kira situasi politik dan ekonomi semasa: sesebuah negeri atau negara.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab tidak melaksanakan hukuman memotong tangan pencuri kerana pada ketika itu masyarakat Islam berada dalam keadaan kemiskinan.

"Jika Umar terus laksana, akan berlaku ketidakadilan kerana ketika itu masyarakat memerlukan makanan untuk hidup sehingga ada yang terpaksa mencuri.

"Mengambil contoh kes ini, kita dapat simpulkan Hudud boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada situasi negara pada masa kini," katanya kepada :Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata, matlamat hudud disalah erti kerana tujuan sebenarnya untuk melahirkan umat Islam beriman kepada ALLAH kerana hukuman yang ditentukan untuk membersihkan jiwa.

Katanya, hudud tidak boleh dipandang dari aspek hukuman semata-mata.

"Sebenarnya hudud untuk membantu umat Islam menjadi masyarakat yang dihormati oleh bukan Islam dan menjalani kehidupan aman damai kerana hukuman berkenaan menjadi panduan kepada orang lain supaya tidak berbuat demikian.

"Perkara ini bukannya baru, malah Rasulullah SAW telah pun membuktikan ketika pemerintahan Baginda, keamanan dikecap hasil perlaksanaan hudud," katanya.

Menurutnya, hudud dijelaskan dalam al-Quran dengan menyeru manusia kepada kebaikan barulah disuruh menyelesaikan kemungkaran.

"Apabila orang Islam dikenakan hukuman mereka tidak melakukannya lagi dan orang bukan Islam pula perlu memahami kenapa diperlakukan sedemikian.

"Jika melihat pada keberkesanan hudud, orang bukan Islam akan tertarik pada Islam kerana melahirkan masyarakat Islam hidup dalam harmoni, manakala umatnya pula dilahirkan sebagai bangsa yang beriman," katanya.

Abdul Rahman berkata, kegagalan melaksanakan hudud menyebabkan umat Islam bukan sahaja tidak boleh menjadi contoh kepada yang bukan Islam, malah akhlak mereka lebih teruk.

Katanya, ini merosakkan imej umat Islam itu sendiri.

Jelasnya, bukan Islam pula tidak perlu takut pada hudud kerana Islam tidak menghukum mereka.

"Mereka perlu faham, setelah melaksanakan hukum secara asasnya pelaku akan terlepas daripada seksaan di akhirat kerana menjalani hukuman semasa di dunia.

"Namun ALLAH sahaja menentukan sama ada dosa mereka dihapuskan atau tidak kerana kita sebagai manusia hanya melaksanakan apa yang disuruh," katanya.

Menurutnya, sebahagian undang-undang berkaitan hudud sebenarnya telah dilaksanakan di negeri seluruh Semenanjung Malaysia.

Katanya, bagi penzina yang belum berkahwin, hudud menetapkan 100 sebatan, namun enam sebatan sahaja dibenarkan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved