Sabtu, 29 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sultan Johor peruntukan RM200,000 bagi tingkat kebersihan Bandaraya Johor Bahru

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sultan Johor peruntukan RM200,000 bagi tingkat kebersihan Bandaraya Johor Bahru

JOHOR BAHRU - Dalam usaha meningkatkan kebersihan dan keindahan Bandaraya Johor Bahru, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan mengambil inisiatif menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk tujuan itu.

Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, Tuanku amat memandang berat aspek kebersihan dan berharap kebersihan bandaraya Johor Bahru dapat terus dipertingkatkan sehingga menjelang program Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan datang.

Katanya, sebanyak RM5,000 akan diagihkan kepada 30 jawatankuasa penduduk sekitar bandaraya ini melalui peruntukan yang diberikan bagi menjalankan pelbagai aktiviti meningkatkan kebersihan.- SH JHR/ Farha

Full content generated by Get Full RSS.

Dakwaan peminjam PTPTN disenaraihitam bebas keluar masuk negara

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dakwaan peminjam PTPTN disenaraihitam bebas keluar masuk negara

PASIR GUDANG - Kementerian Pengajian Tinggi tidak menerima laporan mahupun aduan mengenai dakwaan terdapat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bebas keluar dan masuk ke negara ini, setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak mengetahui berhubung sebilangan peminjam PTPTN yang bebas ke luar negara walaupun nama sudah disenarai hitam kerana gagal menjelaskan semula pinjaman.

Bagaimanapun, katanya, jika benar laporan akhbar berhubung hal berkenaan, pihaknya berharap Jabatan Imigresen dapat memperketatkan undang-undang demi memastikan tiada peminjam PTPTN yang disenarai hitam bebas berbuat sedemikian.-SH JHR/ FIRDAUS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved