Jumaat, 21 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Enam chalet hangus

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Enam chalet hangus PULAU TIOMAN – Dua pelancong lelaki warga Denmark, nyaris maut selepas enam buah chalet kayu di Kampung Panuba berdekatan Kampung Tekek, Pulau Tioman, di sini, musnah dijilat api, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai sedang nyenyak tidur sebelum mereka dikejutkan oleh salah seorang kakitangan chalet terbabit secara tiba-tiba melihat kepulan asap daripada bahagian atap bumbung salah sebuah chalet berkenaan.

Pemilik Chalet Panuba Inn Resort, Jaafar Sidik Awang Ali berkata, menyedari kejadian itu, seorang kakitangannya bergegas mengejutkan kedua-dua lelaki terbabit untuk keluar segera menyelamatkan diri.

"Sebaik saja menyedari kepulan api, seorang kakitangan saya terus bertindak dengan menjerit dan mengetuk pintu sebuah bilik chalet yang berpenghuni, lalu menarik kedua-dua pelancong itu keluar daripada chalet berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Jaafar berkata, kedua-dua mangsa tinggal sehelai sepinggang termasuk pasport mereka hangus.

Sementara itu, katanya, empat pasangan pelancong warga Jerman yang menginap di chalet itu berjaya, menyelamatkan diri dan bara-ngan mereka kerana menyedari kejadian itu lebih awal.

Selain chalet berusia 15 tahun miliknya turut memusnahkan sebuah pusat selam skuba termasuk semua peralatan menyelam.

Menurutnya, api dipercayai marak selama tiga jam sehingga menyebabkan kerugian hampir setengah juta.

Jaafar membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Tekek, jam 8 pagi semalam.

Pelacur Facebook

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pelacur Facebook SHAH ALAM – Laman sosial popular, Facebook bukan sekadar menjadi kegemaran sesetengah penggunanya untuk berkomunikasi secara canggih tetapi disalahguna oleh individu tidak bertanggungjawab.

Terbaru dapat dikesan, Facebook digunakan untuk membuat tempahan pelacur. Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent 012959****, antara alamat dalam laman itu yang dikenalpasti sebagai medium untuk melanggan gadis negara luar antaranya dari China, Thailand dan Indonesia.

Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut ditanda 'like' oleh seramai 2,080 individu.

Perkhidmatan ditawarkan hanya di sekitar Lembah Klang seperti entri terbaru pemiliknya iaitu 3C Agent, kira-kira jam 5.15 petang; "Sila ambil Perhatian . Customer . Service 3C hanya Di KUALA LUMPUR . Negeri Lain Tak Ada . Jangan Telephone Tanya Lagi. Memang Tak Ada di Negeri Lain. Tolong Berkerjasama."

Hanya dengan tiga cara mudah, pelanggan perlu mencari hotel, menghubungi 3C Agent di talian tertera, memaklumkan jenis gadis dan membuat pembayaran sebelum perkhidmatan seks dilakukan.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian cuba menggunakan talian itu, didapati ia gagal dihubungi.

3C Agent melalui komen balas di laman tersebut berkata; "Customer Terlalu Ramai ini Bulan . Kadang kala tak sempat Angkat telepon Customer. sila memahami. Minta Maaf . SMS boleh diterima."

Laman tersebut juga memaparkan harga ditawarkan bagi setiap gadis yang dilanggan iaitu dari RM 180 hingga RM700 mengikut jam selain gambar wanita dipercayai pelacur turut diletakkan untuk menarik minat pelanggan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari kewujudan laman terbabit di Facebook yang berkemungkinan berpangkalan di dalam mahupun luar negara.

:Katanya, PDRM sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan kegiatan tersebut tidak terus meluas.

"Setakat ini tiada lagi tangkapan dibuat terhadap individu yang menawarkan perkhidmatan seks di Internet.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved