Rabu, 5 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


10 kakitangan Karangkraf berpeluang tunai haji

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

10 kakitangan Karangkraf berpeluang tunai haji SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf menghantar 10 kakitangan bertuah untuk menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.

Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Media Karangkraf, Ahmad Nazri Mohd Noor berkata, ini adalah pengiktirafan syarikat kepada pekerja yang lama berkhidmat di Karangkraf.

"Ia adalah penghargaan kepada kesetiaan kakitangan yang sudah lama berkhidmat di syarikat ini. Kami berharap mereka mendapat ketenangan serta kejayaan di dunia dan akhirat," katanya.

Beliau berkata, syarikat juga merancangan menambah jumlah kakitangan menunaikan haji pada setiap tahun.

Penghantaran ini adalah ketiga, di mana pada 2009 Karangkraf menghantar lima staf dan 2010, meningkat kepada enam orang.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Jualan dan Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Sharah Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada pengurusan kerana memberikan beliau peluang menunaikan ibadah haji.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ini, apabila mengetahui syarikat memberi peluang kepada kami," katanya.

Sharah berkhidmat sejak 21 tahun lalu bersama Media Karangkraf.

Bagi, Editor Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Elana Khamis berkata, hadiah haji ini adalah pengiktirafan sangat bernilai kepada beliau.

"Saya berharap kepada keluarga dan rakan-rakan doakan kami sihat sejahtera, selamat, dipermudahkan segala urusan dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna serta memperoleh haji yang mabrur," katanya.

Selain Sharah dan Elana, Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Media Karangkraf, Hashim Anang; Penolong Editor Majalah Midi, Siti Arfah Abdul; Pereka Bentuk Grafik, Abdul Rahman Majid dan wartawan majalah Midi, Ruzian Mohd Jan turut menyertai kumpulan itu.

Turut mendapat peluang sama, Penolong Pengurus Jualan Pencetakan, Rabiah Sulaiman; Eksekutif Muda Jualan Iklan, Maizurawati Othman; Eksekutif Operasi Dasar Cetak, Haris Abd Salam dan Penyelia Pra Cetak Dasar Cetak, Roslim Alip.

Kesemua mereka dijadualkan berlepas pada 7 Oktober dan kembali ke tanah air pada 21 November ini.

Jemaah haji jangan sembunyi penyakit

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jemaah haji jangan sembunyi penyakit

MADINAH - Jemaah haji diingatkan tidak memalsukan maklumat mengenai penyakit dialami kerana hendak menunaikan haji.

Pengarah Operasi Haji (Perubatan) Madinah, Dr Mahyin Kudong berkata, setiap tahun pihaknya menemui kes terbabit kerana jemaah bimbang tidak dibenarkan mengerjakan haji.

Beliau berkata, tindakan jemaah menyembunyikan penyakit menyukarkan pihak perubatan mengesan masalah kesihatan jemaah dengan segera.

"Jemaah perlu jaga kesihatan, ubat mesti diambil pada masanya, minum air banyak, jangan terdedah lama kepada cahaya matahari, banyakkan berehat," katanya di pusat rawatan jemaah haji di bangunan Alauddin di sini.

Dr Mahyin berkata, antara penyakit sering disembunyikan, diabetes, sakit buah pinggang dan darah tinggi.

Beliau berkata, rombongan perubatan haji kali ini, terdiri daripada 253 petugas dengan 30 doktor pakar, 19 pegawai perubatan, manakala selebihnya penolong pegawai perubatan serta jururawat.

Mereka ditugaskan di dua bandar utama, Makkah dan Madinah.

Di Madinah satu pasukan perubatan dengan seorang doktor sentiasa ditempatkan di lapangan terbang sebaik sahaja penerbangan membawa jemaah haji dari Malaysia tiba, dan satu pasukan dengan diterajui dua doktor ditempatkan di dua tempat penginapan jemaah utama di Madinah, masing-masing satu pasukan di Hotel Al-Haram dan Hotel Movenpick.

Selebihnya ditempatkan di bangunan Alauddin di sini. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved