Selasa, 4 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


57 kes kemalangan ambulans

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

57 kes kemalangan ambulans

KUALA LUMPUR - Secara purata, 57 kemalangan melibatkan ambulans dicatat setiap tahun sejak lima tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jumlah itu termasuk kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan atau kematian.

"Statistik kemalangan adalah dari 137 buah hospital dan lebih 800 klinik kesihatan kelolaan kementerian di seluruh negara. Kini, terdapat 1,402 buah ambulans di seluruh hospital dan fasiliti kesihatan," katanya pada sesi soal jawab persidangan.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran), yang mahu tahu bilangan kakitangan dan staf sokongan kementerian itu yang terlibat dalam kemalangan semasa menjalankan tugas dan langkah-langkah mengurangkan risiko itu.

Liow berkata, ambulans dibekalkan mempunyai ciri keselamatan yang dimasukkan dalam spesifikasi kenderaan.

"Sebelum diserahkan kepada hospital, pemeriksaan dilakukan Jabatan Pengang�kutan Jalan, Puspakom dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kenderaan selamat digunakan. Penyelenggaraan juga dilakukan secara berjadual," katanya.

Menurutnya, pemandu diberikan latihan mengenai pemanduan berhemah yang mengandungi modul teori dan praktikal dan dipantau oleh penolong pegawai perubatan kanan di peringkat hospital.- Bernama

PR umum nama tiga wakil

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

PR umum nama tiga wakil

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, tiga nama wakili Pakatan Rakyat (PR) dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang sudah diluluskan Parlimen semalam.

Mereka adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, mewakili PKR; Ahli Perlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (Pas) dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke (DAP).

Menurutnya, pemilihan itu ditentukan bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

"Keputusan dibuat majlis pimpinan PR untuk menyertai jawatankuasa itu bagi memastikan wakil kami dapat membawa cadangan pembangkang menuntut pilihan raya bersih, iaitu reformasi keseluruhan proses dan pelaksanaannya.

"Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat PR tiga minggu lalu, pihak kerajaan juga harus memenuhi tuntutan dibuat Bersih 2.0," katanya.

Anwar berkata, apa diharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk menangguh, menunggu dan tidak melaksanakan sebarang reformasi.

Menurutnya, PR sepakat memberi laluan dan kerjasama, oleh itu jangan jadikan alasan melengahkan dan ketepikan tuntutan Bersih 2.0.

"Setakat ini belum ada jamin kerajaan, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan prinsip SPR yang bebas dan adil, beliau harus menyatakan dalam dewan," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved