Ahad, 30 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Gendang banjir sudah dipalu

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dulu bagi orang Kelantan apabila hujan turun terus, air melimpah banyak dan mengalir deras sehingga meluap atau hampir meluap sungai bermakna musim banjir dah tiba. Kini istilahnya banjir. Apa pun waktu saya kecil dahulu – 1940-50an – ketibaan bah disambut penuh gembira kerana budak, lelaki dan perempuan, boleh bermain air sambil mengurat; kayuh berdayung perahu, makan nasi air dengan ikan kering, telur masin, daging salai, sambal daging (serunding). Kopi O, ubi kayu, sweet potatoes atau keledek rebus atau bakar dengan gula, manisan. Ada orang makannya dengan budu pun untuk sarapan pagi.

Simple, enak, sihat dan organik. Yang berada pula pakai sweater dan coat kerana musim bah juga musim sejuk (winter!). Banyak rumah mengadakan 'camp fire' – membakar kayu/arang bagi memanaskan tubuh badan. Sungguh ceria zaman budak-budak!

Kurun 21, bah – pada amnya – bukan lagi masa girang; sudah jadi masa kecemasan, waktu beralih atau dipindahkan suka duka. Gendang amaran kemungkinan banjir besar berlaku telah pun dipukul oleh pejabat kaji cuaca tempatan dan antarabangsa dan oleh STAR Jumaat 28 Oktober juga The Sun bahawa 'storm is coming, Malaysia warned of rain and floods as Bangkok residents and expatriates flee'. Media Melayu, Utusan dan Berita Harian juga New Straits Times melaporkan banjir di Thailand, penduduk Bangkok mulai tinggalkan kota itu di muka dalam atau belakang walhal kalaulah apa yang berlaku di Bangkok berulang di Kuala Lumpur dan Malaysia jumlah terbesar mangsa adalah pembaca media Melayu! Kerajaan kita, di semua peringkat, kalau didapati nanti tidak bersiap sedia menghadapi banjir janganlah pula berdalih atau pun rakyat di tebing sungai dan di tempat rendah tidak bersedia.

Kasihan Perdana Menteri baru Thailand Yingluck Shinawatra baru sahaja memerintah telah menghadapi banjir terbesar berlaku dalam masa enam dekad. Tatkala saya menulis ini (petang Jumaat) air dilaporkan telah memasuki kawasan tengah bandar raya Bangkok, kediaman 12 juta penduduk, menjejaskan Istana Besar (Grand Palace) Raja Bumiphol Adulyadej selepas air Sungai Chao Phraya melimpah walaupun kebanyakan kota Bangkok masih lagi kering. Tegas Yingluck krisis yang dihadapinya berat; melawan fenomena kuasa alam. Kemungkinan, tegasnya, dia tidak akan berjaya namun dia akan cuba sedaya boleh secara tergesa-gesa membina dinding konkrit bagi menahan air mengalir. Kerajaan kita pula perlu ambil iktibar dari apa yang berlaku di Thailand dan bersiap sedia kalau tidak nanti isu bah akan menjadi isu besar dalam PRU13, kalaulah berlaku sebesar banjir di Bangkok, di ibu kota, Alor Star, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan lain-lain bandar.

Yingluck yang baru dua bulan menjadi Perdana Menteri telah ditanya, sama ada dia menangis akibat cabaran banjir. Jawabnya tegas, 'no, I haven't cried and I won't. I will be strong to solve this problem for the Thai people – saya belum menangis dan air mata saya tidak akan mengalir. Saya kuat semangat untuk mengatasi masalah ini bagi keselesaan rakyat Thai.' Terlintas di hati saya ini satu prejudis gender, saya percaya kalau perdana menteri seorang lelaki soal begini tidak akan ditanya. Saya sungguh terkejut dengan kejadian ini. Jelas dan ketara gender bias. Bayangkan apa sudah berlaku di Bangkok. Don Muang Airport (kurang lebih seperti Subang International Airport) sudah dibanjiri air, bayangkan Istana Negara dilimpahi air dan Petronas Twin Towers dan kawasannya terancam!

Sekali air bah sekali pasir berubah. Mungkin ada baik juga bah ini berlaku. Semoga sesuatu yang baik akan berlangsung. Bercakap tentang banjir atau bah teringat saya kepada satu peribahasa Melayu: sedangkan bah kapal tak hanyut, ini pula kemarau panjang, maksudnya kalau semasa muda pun sudah malas mustahil ia akan rajin apabila tua atau sedangkan waktu berpencarian tiada berjaya apa lagi waktu dia menganggur! Saya ada affiniti dengan air. Saya suka air kerana saya dibesarkan di tepi Sungai Kelantan.

Saya damai melihat air sungai, laut, tasik dan anak sungai mengalir dengan tenang. Air mengalir membuatkan saya riang, gembira dan girang. Mengenang nasib saya seperti air berturun naik dan surut. Syukur setelah surut dia pasang kembali. Karier saya seperti air tidak tetap selalu berubah. Sebenarnya seumur hidup saya ada tiga karier sahaja: kewartawanan, politik dan bisnes. Sempat juga jadi timbalan menteri pertama di Jabatan Perdana Menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno. Setelah Tun Razak meninggal dunia secara mengejut 1976, saya dibuang dan ditahan oleh Perdana Menteri ketiga di bawah ISA selama lima tahun. Karier kewartawanan saya membawa saya ke Amerika Syarikat dan Eropah, mendekati saya dengan Tun Razak hingga dipujuk saya masuk Umno dan bekerja dengannya. Apabila saya kembali ke dalam dunia kewartawanan sebagai Ketua Pengarang Media Kumpulan NST selepas dua tahun setengah dibuang oleh Badawi tahun 2003 dan menganggur sampai sekarang. Saya boleh dikatakan sukses dalam dunia korporat. Saya menerima semua ini, kadangkala marah juga, sebagai takdir. Apa pun kalau takut dilimbur air pasang, jangan berumah di tepi pantai yakni kalau takutkan kesusahan, hilang pangkat janganlah bermain politik atau pun kerja dengan media Malaysia kerana media kita dikuasai oleh parti politik yang berkuasa.

Perdana Menteri Najib digambarkan oleh media STAR dan lain-lain sebagai satu brand baru yang sudah sampai ke tahap turning point ke arah sukses. Saya menumpang gembira kalau benar. Kepopularan Najib dan BN berlainan. Apa pun saya berharap Najib tidak akan dibuai dengan kepopularan pada masa hari-hari perayaan dan masa lawatan yang distage managedkan itu. Benar tiada seorang perdana menteri sebelum Najib yang 'twitting' muda-mudi untuk menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United (MU) dengan Manchester City tetapi sayang pasukan kegemaran Najib, MU kalah teruk 6-1! Suatu kekalahan yang paling teruk dalam sejarah MU semenjak 1930an; dan menonton Rugby World Cup final antara All Blacks (New Zealand) dengan All Blues (Peranchis) yang dimenangi All Blacks 8-7. Saya tidak tahu sama ada muda-mudi membanjiri Sri Perdana. Apa pun satu usaha yang baik.

Nasihat kepada politikus muda juga yang tua dan masih memegang jawatan: kalau takut dibuang ikut saja apa kata bos jadi 'yes, minister' dan lebih penting 'yes, yes, Yang Amat Berhormat!' atau pilihan yang ambil kira harga diri dan prinsip: jangan memikirkan kesusahan atau hilang pekerjaan demi menegakkan kebenaran dan prinsip.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved