Jumaat, 14 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Malaysia tempat lepas geram

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Malaysia tempat lepas geram MELAKA - Tindakan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan negara di Jakarta, berkemungkinan bertujuan mahu menarik perhatian pihak tertentu di sana terhadap masalah dihadapi mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kumpulan rakyat Indonesia itu mahu jadikan Malaysia punching bag (tempat lepas geram).

"Masalah ini adalah masalah dalaman berkait dengan isu tempatan, tetapi kita menjadi sasarannya. Mungkin mereka mahu menarik perhatian pihak tertentu di sana terhadap masalah mereka," katanya selepas menghadiri perjumpaan khas dengan warga institusi pengajian tinggi Melaka di Bangunan Seri Negeri di sini.

Beliau diminta mengulas demonstrasi oleh sekumpulan rakyat Indonesia di hadapan bangunan kedutaan negara di Jakarta semalam, sehingga menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan kedutaan.

Mereka dilaporkan bertindak demikian kononnya kerana marah terhadap Malaysia berhubung satu isu sempadan.

Kejadian di hadapan kedutaan negara di Jakarta itu turut menyebabkan sembilan ang gota Polis Indonesia mengalami kecederaan.

Muhyiddin berkata, demonstrasi itu sepatutnya tidak berlaku kerana dakwaan Malaysia merampas tanah milik republik itu itu adalah sesuatu tidak betul berdasarkan siasatan Wisma Putra dan pihak berkuasa republik itu.

"Apa yang dituduh bahawa kita mengambil tanah di kawasan sempadan, itu adalah tidak benar dan ia juga telah diputuskan oleh menteri di Indonesia," katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai mekanisme khas iaitu Jawatankuasa Sempadan Bersama bagi menyelesaikan permasalahan tuntutan kawasan bertindih atau berkenaan isu persempadanan antara kedua-dua negara.

Jawatankuasa itu, katanya, berfungsi dengan baik dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul antara kedua-dua negara.

"Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan menerusi rundingan," katanya.

Beliau berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia berjalan baik, begitu juga di peringkat menteri serta pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara.-Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Ulama Pas giat kempen hudud

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dewan Ulama Pas giat kempen hudud

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulama Pas mengadakan kempen di seluruh negara bagi memberi penerangan kepada masyarakat terutama bukan Islam mengenai hukum hudud.

Ketua penerangannya, Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, sesi itu perlu dijalankan bagi memperbetulkan persepsi orang ramai bahawa hudud itu bukan ciptaan Pas dan tidak mendatangkan masalah jika dilaksanakan dalam kalangan masyarakat majmuk.

"Harapan kita ialah supaya masyarakat memahami bahawa hukuman ini diambil dari al-Quran dan hadis. Setiap yang mengucap dua kali syahadah mesti beri sokongan sebagaimana mereka solat, puasa, menunaikan zakat dan haji.

"Jangan sesekali hukum Islam ini dianggap masalah kerana ALLAH maha sempurna dengan mencipta masyarakat majmuk dan menurunkan hukum hudud kepada hamba berbilang kaum. Sepatutnya hukum ini perlu difahami ada hikmah tersurat dan tersirat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, program perdana melibatkan ceramah, forum dan sebagainya turut disusun, selain menjelajah ke negeri-negeri untuk menerangkan perkara yang masih menjadi kekeliruan segelintir pihak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved