Sabtu, 29 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sultan beli dua lukisan Fatah

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sultan beli dua lukisan Fatah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli dua lukisan karya pelukis dan kartunis tersohor dari Terengganu, Fatah Ngah yang bertajuk 'Wayang' dan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka'.

Baginda dilaporkan tertarik dengan lukisan berkenaan dan menyatakan hasrat membeli karya kartunis yang terkenal dengan watak Lagak A Mahmud itu yang dipamerkan Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Pameran dan jualan berkenaan diadakan bertujuan mengisi tabung bantuan kepada Fatah yang menderita penyakit saraf di samping meringankan bebannya yang kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

Kedua-dua karya itu dibeli baginda dengan harga RM17,500 bagi lukisan berjudul 'Wayang' (RM12,000) dan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka' (RM5,500).

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan rasa terharu dan gembira apabila dihubungi Pelukis Diraja, Azman Yusof memaklumkan Sultan Selangor berkenan membeli lukisan berkenaan di samping ingin tahu perkembangan kesihatan pelukis itu.

"Sultan Selangor adalah seorang raja yang berjiwa rakyat kerana keprihatinan baginda untuk membantu Fatah dengan membeli luki-san beliau. Saya difahamkan lukisan itu akan disimpan dalam galeri peribadi baginda sendiri.

"Dalam pameran yang diadakan sebelum ini, kami sasarkan hasil jualan sehingga RM50,000 bagi menampung kos rawatan Fatah," katanya yang juga Penaung Cartoonist At Work (CAW) ketika ditemui semalam.

Beliau sebelum itu, me-ngiringi Fatah menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, menyerahkan lukisan berkenaan dalam satu majlis tertutup.

Sementara itu, Fatah berkata, beliau sangat terharu dan menjunjung kasih kepada Sultan Sharafuddin kerana berbesar hati untuk membeli dua lukisannya.

"Ini adalah satu penghormatan tertinggi dalam karier hidup saya. Tidak sangka karya saya memberi makna kepada kepimpinan tertinggi negara iaitu Sultan Selangor," katanya yang menghadapi kesukaran untuk bercakap.

Turut terlibat pameran itu, beberapa pelukis terkemuka, Adeputra Masri dan Tam Zoyah yang menyumbang kepada tabung Fatah.

Bagi yang berminat membeli lukisan dan membantu menyumbang kepada tabung Fatah boleh hubungi Pengarah Urusan CAW, Buhairi Ramli ditalian 019-6730985/ 018-2584397.

Full content generated by Get Full RSS.

Syor wartawan dibenar undi pos

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Syor wartawan dibenar undi pos

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerba-ngan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera bermula pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti penggunaan dakwat kekal atau biometrik.

"Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus Pilihan Raya bagi negeri ini di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, jika sempat, kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU13.

"Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka mengundi pos atau mengundi awal. Cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti. Sebenarnya, bukan saja media tetapi petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak," katanya.

Menurutnya, SPR sedang menjalankan kajian untuk memastikan cadangan itu sesuai atau tidak dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang.

Abdul Aziz berkata, cadangan itu turut membabitkan petugas SPR yang akan diberi pilihan sama ada mahu mengundi awal atau pada hari mengundi.

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan juga akan membincangkan pelbagai perkara lain seperti peraturan terbaik semasa proses penamaan calon, kempen dan hari mengundi supaya tidak menimbulkan masalah.

Jawatankuasa berkenaan, katanya, tela:h diberi masa enam bulan iaitu hingga April ini untuk mengemukakan cadangan penuh tetapi ia boleh mengemukakan cadangan sementara kepada SPR atau me-minta melanjutkan tempoh itu jika perlu.

Mengenai taklimat berkenaan, Abdul Aziz berkata, Perak adalah negeri ketiga taklimat diadakan selepas Selangor dan Kelantan bagaimanapun, penganjuran taklimat itu bukan petanda PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat, apa yang pasti pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya 28 Jun 2013, selepas tarikh terbubarnya Dewan Rakyat secara automatik pada 28 April tahun sama.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved