Ahad, 30 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Guru Kemas dapat diploma: Shafie

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Guru Kemas dapat diploma: Shafie

KOTA KINABALU - Semua guru Tadika Kemas di negara ini dijangka mendapat diploma dan bergred S27 menjelang 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha ke arah itu sedang dilaksanakan termasuk melatih mereka dengan mengi-kuti kursus dalam cuti di institut perguruan di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini lebih 2,000 orang daripada lebih 9,000 guru tadika Kemas di seluruh negara telah menamatkan pengajian mereka di peringkat diploma.

Katanya, bagi Sabah, kumpulan pertama seramai 250 orang daripada 824 guru Tabika Kemas sudah mempe-rolehi diploma.

"Program ini kita akan teruskan sehingga mereka semua memperolehi diploma seperti dirancang selaras wawasan kita untuk memperkasakan pendidi-kan prasekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Muis, dekat sini, semalam.

Terdahulu, dalam uca-pannya, Shafie mahu semua pihak memainkan peranan memperjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya pendidikan prasekolah, sekali gus memastikan transformasi pendidikan dapat dikecapi segenap rakyat terutama di luar bandar.

Katanya, kementeriannya prihatin akan keperluan prasarana lengkap terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Katanya, kementerian telah mencatat kejayaan dalam pelaksanaan KPI dan NKRA dengan jumlah pembukaan kelas sebanyak 500 buah pada 2010, menjadikan sebanyak 8,816 tadika dan 313 taska beroperasi di seluruh negara melibatkan 200,417 kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun.

"Pada tahun ini, sasaran bilangan kelas Tabika Kemas sebanyak 9,816 buah berjaya dicapai iaitu sehingga Julai 2011 sebanyak 9,816 kelas dibuka dengan bilangan kanak-kanak seramai 215,834 orang dan dikendalikan 9,824 guru," katanya.

Sementara itu, Shafie mengingatkan warga Felcra supaya tidak terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan kerajaan.

Semalam, Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd Rahman dipetik sebagai berkata, pihaknya mengesan tindakan pihak tertentu yang menjalankan kegiatan menghasut peserta agensi tersebut terutamanya masyarakat Orang Asli supaya membenci kerajaan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Sumbangkan zakat buat negara miskin

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sumbangkan zakat buat negara miskin

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Katanya, ini kerana lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanya-kan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.

"Jika kita menganggap diri kita sebagai ummah, masyarakat Islam yang menggunakan wang zakat untuk membantu golongan miskin di negara lain tidak dianggap melanggar kategori mereka yang memerlukan bantuan zakat," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Kewa�ngan :dan Eko�nomi Islam Langkawi (Life) ketiga.

:Dr Mahathir, yang juga penaung Life berkata, walaupun hanya sebahagian kecil daripada 2.5 peratus zakat disumbangkan, jumlah itu sudah lebih daripada cukup untuk membantu meringankan penderitaan penduduk miskin.

"Saya percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur bagi membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh.

"Bolehkah kita menggunakan zakat untuk infrastruktur? Jika untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderitaan penduduk di negara Islam yang miskin, saya fikir kita tidak bertentangan dengan hukum Islam," katanya.

Beliau berkata, ulama boleh meneliti perkara tersebut dan mengeluarkan fatwa mengenainya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved