Rabu, 19 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Proton komersial kereta elektrik menjelang 2013

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Proton komersial kereta elektrik menjelang 2013 Proton Holdings Bhd merancang mengkomersialkan kenderaan elektriknya pada 2013, bagi menam-pung permintaan yang semakin meningkat untuk kereta elektrik sepe-nuhnya di Malaysia.

Pengarahnya, Datuk Zainuddin Che Din berkata, kenderaan berkenaan kini dalam peringkat ujian.

"Pada masa ini, kami sudah menyerahkan tiga unit Proton Saga EV dan lima unit Proton Exora Range Extender EV kepada kerajaan untuk ujian.

"Dalam proses pengkomersialan kenderaan, kami merancang menyediakan sekurang-kurangnya 200 Range Extenders dan 150 Proton Saga EV kepada kerajaan menjelang akhir tahun depan," katanya.

Zainuddin berkata, kereta berkenaan akan dijual pada harga yang kompetitif dengan nilai wang apabila dikomersialkan kelak.

Harga Proton Saga EV dijangkakan RM70,000 dan Proton Exora Range kira-kira RM100,000.

"Harga itu lebih rendah dan kompetitif bagi kereta elektrik penuh dalam negara," katanya yang juga Pengarah Projek Jabatan Teknologi Hijau Proton.

Beliau berkata, bagi menampung keperluan kereta elektrik sebaik dikomersialkan kelak, Proton dan kerajaan kini menyediakan mekanisme bagi membangunkan infrastruktur pusat mengecaj kenderaan elektrik.

"Pada peringkat awal, stesen berkenaan akan didirikan di Putrajaya, Cyberjaya dan lokasi utama di Kuala Lumpur.

"Pada masa ini, beberapa stesen sudah disediakan di pejabatKerajaan," katanya.

Zainuddin berkata, kerajaan mungkin membina 100 hingga 150 stesen.

Full content generated by Get Full RSS.

Syabas meterai perjanjian pinjaman RM110 juta

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Syabas meterai perjanjian pinjaman RM110 juta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, anak syarikat milik 70 peratus Puncak Niaga Holdings Bhd memeterai perjanjian kemudahan pinjaman RM110 juta dan surat ikatan penyerahan hak dengan kerajaan.

Syarikat itu berkata, RM95 juta daripada kemudahan itu akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal bagi penggantian paip lama di 14 kawasan kritikal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Manakala bakinya akan digunakan untuk menaik taraf sistem bekalan air bagi menyalurkan 65 juta liter sehari air bersih dari Takungan Air Sungai Bernam di Sabak Bernam," katanya kepada Bursa Malaysia.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved