Sabtu, 8 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ekonomi negara dijangka berkembang hingga 6 peratus

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ekonomi negara dijangka berkembang hingga 6 peratus Ekonomi negara dijangka berkembang lima hingga enam peratus pada tahun depan, yang akan dipacu oleh permintaan domestik dengan sektor swasta memainkan peranan lebih penting, manakala sektor awam terus menyokong pertumbuhan dengan perbelanjaan modal lebih baik.

Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, yang dikeluarkan semalam, menyatakan unjuran itu turut mengambil kira pertumbuhan ekonomi dunia sederhana dan kegiatan perdagangan sesama serantau yang kekal kukuh serta pemulihan eksport elektrik dan elektronik dan harga komoditi teguh.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku kedua berkembang empat peratus daripada pertumbuhan disemak semula 4.9 peratus pada suku tahun pertama.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pada pertengahan Ogos yang kerajaan menjangka ekonomi negara akan berkembang lima hingga enam peratus peratus pada tahun ini.

"Permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan sektor swasta dijangka memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan ekonomi pada 2012," kata laporan itu.

Pelaburan swasta dijangka mengekalkan momentum kukuh dengan pertumbuhan 15.9 peratus yang disokong aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan perlaksanaan projek permulaan (EPP) yang rancak.

Pada tahun depan, perbelanjaan awam dijangka meningkat 4.7 peratus dengan pelaburan awam berkembang 7.0 peratus.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan dijangka kekal 6.5 peratus pada 2012, berbanding 6.4 peratus pada tahun ini, yang dipacu subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans serta komunikasi.

Selaras perkembangan itu, sumbangan sektor perkhidmatan dijangka meningkat 58.9 peratus daripada KDNK.

Malaysia catat lebihan dagangan

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Malaysia catat lebihan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM10.98 bilion pada Ogos tahun ini, dirangsang oleh eksport dan import lebih tinggi semasa tempoh berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada bulan berkenaan, eksport meningkat 10.9 peratus (RM58.56 bilion) manakala import naik 6.9 peratus kepada RM47.58 bilion.

Katanya, jumlah dagangan pada Ogos berkembang 9.1 peratus, berbanding setahun lalu kepada RM106.14 bilion.

Berbanding Julai 2011, Mustapa berkata, eksport dan import pada Ogos 2011 masing-masing turun 1.2 peratus dan 4.4 peratus, manakala jumlah dagangan mengurang kepada 2.7 peratus.

"Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011, jumlah dagangan meningkat 7.9 peratus kepada RM830.23 bilion berbanding tempoh sama pada 2010," katanya.

Eksport naik 7.4 peratus kepada RM454.91 bilion, manakala import berkembang 8.5 peratus kepada RM375.33 bilion, menyebabkan lebihan dagangan RM79.58 bilion semasa tempoh yang sama.

Kenaikan dalam eksport pada Ogos 2011 daripada setahun lalu disumbangkan terutamanya oleh peningkatan eksport minyak sawit, kimia dan bahan kimia, gas asli cecair, keluaran getah, getah mentah, jentera, perkakasan dan peralatan serta barangan perkilangan logam.

"China, Singapura, Jepun, AS dan Thailand adalah lima destinasi eksport utama, menguasai 51.7 peratus jumlah eksport negara pada Ogos 2011," katanya.

Menurutnya, eksport ke Asean bernilai RM14.37 bilion, menyumbang 24.5 peratus jumlah eksport Malaysia pada Ogos 2011.

Jumlah eksport ke Asean naik 10.7 peratus daripada setahun lepas terutamanya eksport barangan petroleum bertapis lebih tinggi, barangan kimia dan bahan kimia serta minyak sawit.

Jumlah import pada Ogos 2011 meningkat 6.9 peratus kepada RM47.58 bilion daripada Ogos 2010, terutamanya import barangan perantara dan modal yang lebih tinggi.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved