Khamis, 27 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Gempar objek bawah kenderaan disangka bom

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Gempar objek bawah kenderaan disangka bom KUALA LUMPUR – Seorang pemilik restoran ketakutan selepas menemui objek disangka bom yang dipasang di bahagian bawah kenderaan pacuan empat rodanya di Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas di sini, semalam.

Wanita berkenaan yang berniaga di kawasan berhampiran dimaklumkan mengenai objek tersebut oleh seorang pencuci kereta, ketika menghantar kenderaannya, jenis Toyota Hilux untuk dicuci di sebuah premis di situ.

Selepas diberitahu mengenainya, dia memeriksa berhampiran tayar belakang kiri, dan menemui objek berbentuk empat segi dilekatkan pada bahagian tersebut, kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid berkata, sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpu ke tempat tersebut selepas menerima panggilan daripada wanita itu.

Pada masa sama, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas juga ke tempat kejadian.

Katanya, pemeriksaan dengan menggunakan robot khas menemui satu objek berwarna hitam yang dilekatkan menggunakan pita pelekat.

Difahamkan, objek itu mempunyai dua antena menyerupai alat pengesan dengan saiz sebuah telefon bimbit.

"Objek itu bukan bom atau bahan letupan dan UPB sudah memusnahkannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti objek itu dan menyiasat motif kejadian.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada warga Malaysia terjejas serangan bom di Yala

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tiada warga Malaysia terjejas serangan bom di Yala

KUALA LUMPUR - Tidak terdapat laporan mengenai warga Malaysia terlibat oleh serangan bom di Bandar Yala, Selatan Thailand kelmarin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam berkata mereka akan terus memantau perkembangan menerusi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsul Besar Malaysia di Songkhla.

Oleh itu, warga Malaysia yang berada di tiga wilayah di Selatan Thailand - Narathiwat, Yala dan Pattani - agar cukup berhati-hati terhadap keselamatan diri, kata kenyataan itu.

"Rakyat Malaysia lain hendaklah menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan terjejas hingga kedaaan bertambah baik," tegasnya.

Pada 16 September lepas, enam warga Malaysia terbunuh sementara 19 warga Malaysia yang lain cedera dalam serangan bom di Sungai Golok, Narathiwat.- Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved