Ahad, 9 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pembangkang mati akal serang kerajaan

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang mati akal serang kerajaan KUALA SELANGOR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tuduhan pembangkang bahawa Belanjawan 2012 tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau berkata, Belanjawan 2012 dibentangkan kelmarin adalah mampu dilaksanakan kerajaan dan bukan janji kosong.

"Untuk Bajet 2012, kita guna pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat. Kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di sini, semalam.

Najib berkata, Belanjawan 2012 dibentangkan supaya kerajaan dapat membina rakyat dan menyejahterakan negara.

Beliau berkata, kerajaan terlebih dahulu mengkaji, apakah keperluan rakyat.

"Dalam gagasan dan falsafah 1Malaysia saya telah gariskan beberapa tunggak, antaranya dasar kita mesti bersifat keterangkuman, dengan erti kata lain, di setiap ceruk pelosok negara, dibandar atau desa, tidak kira kumpulan etnik atau kaum, setiap warganegara Malaysia mesti mendapat pembelaan dan perlindungan daripada kerajaan.

"Sesuai dengan prinsip itu, Belanjawan 2012 dibentangkan menepati prinsip asas antaranya, untuk menentukan semua kelompok masyarakat mendapat faedah," katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam Belanjawan 2012, kebajikan masyarakat kaum India juga diutamakan di mana kerajaan menyediakan peruntukan khas RM50 juta untuk menyediakan kemudahan asas yang sempurna kepada kaum India yang menetap di kawasan ladang.

Nasib pesara tentera lebih terbela

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Nasib pesara tentera lebih terbela

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan akan mengenal pasti pesara tentera yang tidak berpencen dan golongan daif dari pelbagai jawatan untuk dibantu, hasil peruntukan Bajet RM50 juta diumumkan pada Bajet 2012.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, peruntukan RM50 juta itu bagi mewujudkan modul latihan untuk pesara tentera yang berhenti kurang 21 tahun dalam apa juga alasan kerana mereka pernah berjasa kepada negara.

Menurutnya, peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 adalah paling tinggi untuk tentera.

"Ini adalah peruntukan paling banyak dalam sejarah. Sebelum ini bajet untuk tentera hanya berjumlah RM26 juta setiap tahun, dan 70 peratus pe-runtukan itu adalah bayaran untuk kakitangan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), dan hanya 30 peratus untuk latihan bakal pesara.

"Kita akan dapatkan laporan dari Bahagian Rekod Pencen dalam perkhidmatan angkatan tentera secepat mungkin agar mendapat maklumat tepat dan mungkin pesara terlibat adalah tergolong kalangan pendapatan kurang RM3,000," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved