Sabtu, 22 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


RM3 juta untuk mula bisnes

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

RM3 juta untuk mula bisnes KEPONG – Geran RM3 juta berbentuk peralatan memulakan perniagaan di bawah program Teman 1AZAM telah diberikan kepada 615 penerima di bawah program kebajikan produktif bagi kawasan Parlimen Kepong, semalam.

Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program itu bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah di bawah untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Kita menyediakan peralatan untuk bantu mereka menambah pendapatan terutama bagi memulakan perniagaan. Ini penting kerana berdasarkan pemerhatian, ia amat membantu dan boleh menambah pendapatan sehingga lebih RM600 sebulan," katanya.

Beliau berakata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Teman 1AZAM KPWKM di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, di sini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Kebajikan dan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi pelaksana seperti Kementerian Pertanian Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Manusia (MOHR) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurut Shahrizat, sehingga 31 September 2011, seramai 12,540: orang telah menyertai program Teman 1AZAM dan berharap lebih ramai peserta mengambil bahagian di dalam program itu terutama dalam k:alangan kaum Cina dan India.

"Setakat ini, secara keseluruhan kita telah membantu 42,637 peserta dibawah program Teman 1AZAM, seluruh negara. Mereka hanya perlu maklumkan apa yang mereka perlukan untuk memulakan perniagaan," katanya.

Shahrizat berkata, Kementerian mempunyai pelbagai inisiatif untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah, selain melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka diberi jalan untuk keluar daripada kemiskinan.

"Kita ada senarai individu berpendapatan rendah yang terdapat di eKasih dan JKM. Daripada senarai itu, kita akan kenalpasti mereka yang perlu diberikan bantuan dan mereka yang memerlukan saluran untuk keluar dari kemiskinan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PTPTN kutip RM3.6 juta

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

PTPTN kutip RM3.6 juta

SUNGAI PETANI - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima reaksi positif, sete:lah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilancarkan dua bulan lalu oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, berdasarkan rekod, kutipan melalui akaun pendeposit SSPN telah meningkat 100 peratus selepas dilancarkan semula oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Putrajaya.

Menurutnya, kutipan RM3.6 juta direkodkan sepanjang minggu lepas dan ini menunjukkan perkembangan positif terhadap SSPN.

"PTPTN menyasarkan sebanyak RM60 juta dikutip dari SSPN bagi tahun ini berdasarkan jumlah kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lepas iaitu sebanyak RM3.6 juta.

"Manakala bagi tahun depan pula dijangka lebih meningkat kerana mulai tahun depan, semua pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN diwajibkan memiliki akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20," katanya selepas Majlis Perasmian Program Kemasyarakatan Anjuran Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UiTM Kedah di Masjid Al-Majidi, Sungai Layar, dekat sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Datuk Tajul Urus Md Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid dan Timbalan Rektor UiTM Kedah, Profesor Madya Kamal Bahrin Shamsuddin.

Untuk rekod, SSPN merupakan satu skim atau instrumen simpanan direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi.

Dalam perkembangan sama, Tajul Urus yang juga merupakan Penyelaras Parlimen Merbok berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak 104,083 tindakan penguatkuasaan saman telah dihantar kepada peminjam ingkar melalui panel peguam yang dilantik dan sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

"Kerajaan telah memperuntukkan kelulusan pembiayaan pendidikan bagi 2011 sehingga 30 September lalu adalah sebanyak RM4.16 bilion melibatkan seramai 172,134 penerima biaya.

"Manakala secara keseluruhannya sehingga 30 September adalah sebanyak RM41.60 bilion melibatkan seramai 1,870,979 penerima biaya," katanya.

Tajul Urus berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 77.37 peratus bilangan pinjaman yang membuat bayaran balik dan sebanyak 22.63 peratus bilangan pinjaman yang tidak membuat bayaran balik direkodkan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved