Jumaat, 28 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerajaan PR juga kena jawab: TPM

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan PR juga kena jawab: TPM SITIAWAN - Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, Pas dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel kelemahan perbelanjaan didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik dasar transformasi kerajaan ekoran ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

"Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini 'The School Times' di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, semalam.

Menurut Muhyiddin, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran-teguran penting untuk memastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.

"Laporan ini sebenarnya menunjukkan sesuatu, iaitu tanggungjawab Ketua Audit Negara mengambil kira semua aspek dan tentulah kalau ada kelemahan-kelemahan itu perlu diperbaiki.

"Waktu Ketua Pembangkang dalam kerajaan pun, dia menerajui banyak kementerian pun, dia tahu juga perkara ini, walaupun kita membuat penjelasan kepada juruaudit tetapi teguran sebegitu amat penting," katanya.

Muhyiddin berharap semua kementerian dan agensi yang meneliti laporan itu supaya mengambil tindakan seger perbaiki kelemahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Ada pinjaman KWSP meragukan: Audit

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ada pinjaman KWSP meragukan: Audit

KUALA LUMPUR- Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu status 'meragukan'.

Ketuanya, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP.

Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

Begitu pun katanya, KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan jaminan kerajaan berjumlah RM35.69 bilion dan dua pinjaman kepada syarikat bukan subsidiari RM6.24 bilion.

"KWSP memaklumkan, pinjaman kepada dua syarikat itu perlu kerana ia milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan syarikat subsidiari di mana majorit pemegang saham dari agensi kerajaan sebanyak 66 peratus.

"Begitu pun, Manual Operasi untuk lima jabatan yang terlibat dengan pengurusan pinjaman masih dikaji semula dan ada yang dikemas kini sebelum diluluskan pada 31 Disember 2012 akan datang," katanya.

Beliau berkata, pinjaman untuk Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan berjumlah RM 4 bilion diluluskan Panel Pelaburan pada 3 Julai 2007 telah dilakukan tanpa dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

Malah katanya, 'agak menghairankan' apabila KWSP yang tidak mempunyai pegawai perundangan yang mahir dalam pinjaman Islamik telah meluluskan pinjaman itu.

"Mereka memaklumkan kepada Audit, peguam luar diupah dan mereka turut menyediakan draf. Manakala pegawai undang-undangnya membuat semakan.

"KWSP memaklumkan draf pinjaman Islamik itu telah mendapat kelulusan dari Penasihat Syariah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved