Isnin, 17 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Belanjawan 2012 dan keadilan

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Belanjawan 2012 telahpun dibentangkan. Ramai memuji, tidak kurang yang sinis. Sebagai akademia, izinkan saya memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan belanjawan pendidikan dan kaitannya dengan konsep adil.

Nampaknya, guru-guru sekolah lebih menjadi tumpuan, berbanding kami sebagai akademia. Maklumlah, bilangan guru lebih ramai (412,042 orang), sudah pasti sokongan mereka amat penting dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selaku pemimpin persatuan pegawai akademik, bersama semua pimpinan persatuan pegawai akademik IPTA yang lain, kami telah bersidang dan menyuarakan pandangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), agar kebajikan akademia dilihat sama menggunakan indeks pembangunan manusia (Human Development Index) atau HDI. Namun, sehingga kini masih belum ada jawapan. Kami tidak dengki, cuma rasa sedikit terkilan kerana yang paling beruntung ialah sekolah vernakular.

Bilangan sekolah vernakular tidak banyak berbanding sekolah kebangsaan. Misalnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (1,300 buah), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (527 buah) dan sekolah mubaligh (441 buah). Peruntukan yang sama RM100 juta diberikan, termasuk yang diperoleh sekolah agama kerajaan dan Maktab Sains Mara.

Peruntukan RM500 juta untuk sekolah kebangsaan, tidak perlulah dibincangkan, kerana memang wajar. Apatah lagi bilangan sekolah kebangsaan begitu banyak (9,996 buah). Nasib sekolah agama rakyat masih tidak menentu dan langsung tidak disentuh.

Sedangkan perlembagaan jelas membenarkan dan bantuan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Seperti saya sebut sebelum ini, sekolah vernakular paling beruntung kerana mereka bukan sahaja dibantu oleh kerajaan, malah jutawan, pertubuhan dan individu tertentu. Ini tidak termasuk peruntukan wakil-wakil rakyat yang sudah pasti akan mereka dekati untuk menambahkan dana sedia ada. Jika tidak percaya, lakukanlah audit terhadap pertubuhan-pertubuhan berkaitan pendidikan dan sekolah vernakular ini.

Berulang kali saya mengatakan makna adil bukannya sama rata atau sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Inilah formula sering kali kita lupa. Saya dikecam hebat suatu ketika dahulu agar pembinaan rumah ibadat perlu berpaksikan formula jumlah populasi penduduk. Jika tidak, akan berselerakanlah rumah ibadat yang halal dan haram.

Pihak mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa - Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church.

Memang menjadi perancangan Kristian untuk bina gereja terbesar di Asia. Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka kemukakan pelan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila dapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial tetapi akan muncul sebagai mercu tanda gereja terbesar di Asia dan mereka akan mendapat pengecualian cukai atas nama kebajikan. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukupkah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai Malaysia boleh dalam segala hal.

Ramai beranggapan survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan membina kekuatan diri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti. Menurut Pahrol Juoi, parti yang kuat tidak menjamin bangsa kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa berlaku di sekeliling kita kerana ALLAH SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa.

Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kaomintang yang begitu berjasa, ditinggalkan rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia dan Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun.

Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat.

Kenapa kita tidak mahu belajar atau mengambil iktibar? "Himpunan Sejuta Umat"' (Himpun) yang akan diadakan di Stadium Utama Shah Alam pada jam 2 petang 22 Oktober ini sepatutnya dapat membuka mata kita semua. Tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, umat Islam perlu tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita dan saya yakin belanjawan yang akan dikemukakan nanti akan kelihatan lebih adil.

Full content generated by Get Full RSS.

Bajet belia dan Silicon Valley

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi manfaat besar kepada belia.

Dari segi pendidikan, peruntukan disediakan dalam pelbagai bentuk: RM1 bilion untuk tabung khas pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah, pemansuhan bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan menengah, bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah hingga tingkatan lima, baucar buku RM200 kepada semua pelajar IPT, matrikulasi dan tingkatan enam, dan potongan cukai kepada penderma program persekolahan.

Belia juga menerima agihan daripada syarikat modal teroka Mycreative Venture Capital, program Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia), tambahan gelanggang futsal dan pembinaan padang tiruan bola sepak serta daripada peruntukan-peruntukan seperti perusahaan kecil sederhana (PKS), kreativiti dan inovasi, transformasi luar bandar, perumahan rakyat, amanah rakyat 1Malaysia, pembangunan Bumiputera, memartabat wanita dan insentif cukai.

Bagi mahasiswa, di samping peruntukan-peruntukan tersebut, secara khususnya, peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meningkat sebanyak RM2.7 bilion, iaitu daripada RM10.2 bilion (2011) kepada RM12.9 bilion (2012).

Satu daripada aspek pembangunan belia yang diberi keutamaan ialah keusahawanan. Antaranya ialah melalui Minggu Keusahawanan Global (GEW), iaitu program antarabangsa yang kita sertai sejak 2008.

Tahun ini, Penyelaras GEW Malaysia, Dhakshinamoorthy @ Dash mencadangkan penganjuran program Silicon Valley Comes To Malaysia (SVC2M). Dalam SVC2M, 15 usahawan ternama Silicon Valley akan berada di Kuala Lumpur pada 20-21 Oktober ini.

Antaranya ialah Jawed Karim, pengasas-bersama YouTube; Konstantin Guericke, pengasas-bersama LinkedIn; Steve Koskie, pengasas-bersama DipDive.com; Jeff Hoffman, CEO Priceline dan Naval Ravikant, pelabur dalam Twitter dan Foursquare.

Mereka akan bertemu, mendengar dan membimbing 800 usahawan muda/baru Malaysia. Daripada jumlah itu 100 akan dipilih berdasarkan idea keusahawanannya, untuk menghadiri Perkhemahan Inovasi Pengalaman Startup di Kuala Lumpur pada 22-23 Oktober ini.

Dari perkhemahan itu, 10 usahawan yang mencetuskan idea keusahawanan terbaik akan dipilih untuk berada di Silicon Valley selama sebulan untuk berinteraksi dengan usahawan-usahawan di sana, belajar daripada mentor, mengembangkan idea dan mendapatkan dana pelaburan.

SVC2M juga menjadi pentas melancarkan StartupMalaysia.org yang ditubuhkan oleh Global Entrepreneurship Sdn Bhd (diketuai Dash, berpusat di Kuala Lumpur) dan YouNoodle (diketuai Rebeca Hwang, berpusat di Silicon Valley). StartupMalaysia.org adalah inisiatif bukan untuk keuntungan yang bertujuan menginspirasi, mengkatalis, mendokong dan mencerna generasi baru usahawan tempatan.

SVC2M mendapat sokongan kuat daripada Datuk Seri Mohd Najib. Ia diuruskan bersama oleh StartupMalaysia.org dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) pimpinan Datuk Badlisham Ghazali, serta disokong oleh KPT, New Straits Times dan Microsoft. Bagi meluaskan partisipasi dan manfaatnya di kalangan belia dan mahasiswa, satu pasukan Sukarelawan Siber ditubuhkan KPT dengan diketuai Kamariah Kamaruddin @ Kay. Ia terdiri daripada 20 mahasiswa universiti-universiti tempatan yang berkongsi maklumat tentang SVC2M di Facebook dan Twitter.

Pembaca dipersilakan melayari laman web: startupmalaysia.org; Facebook: Silicon Valley Comes to Malaysia; dan Twitter: #SVC2M.

SVC2M diharap menjadi suntikan bagi usahawan muda/baru tempatan berfikir dengan berani dan besar serta menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan untuk bertarung di gelanggang global. Manakala pengurus pembangunan keusahawanan belajar meningkatkan fasilitasi yang mengukuh kreativiti dan inovasi serta menamatkan birokrasi yang membunuh imaginasi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved