Khamis, 13 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Gara-gara hutang, lelaki ditembak rakan

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Gara-gara hutang, lelaki ditembak rakan

KOTA BHARU- Seorang lelaki koma apabila terkena tembakan seorang rakan selepas kedua-duanya bertengkar dipercayai mengenai hutang dalam kejadian di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang, kelmarin.

Mohd Anuar Mohd Nor, 31, mengelami cedera parah di pinggang kiri dan masih tidak sedarkan diri kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa yang menunggang motosikal bersama anak bongsunya berusia enam tahun itu dikatakan berjumpa dengan dua kenalannya jam 9.30 malam selepas menerima panggilan telefon.

"Ketika berbincang di tepi jalan berlaku pertengkaran kerana dipercayai mereka tidak berpuas hati berkaitan masalah hutang perniagaan.

"Rakannya yang berusia 30-an itu dikatakan mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan, satu daripadanya kena pinggang Mohd Anuar," katanya semalam.

Peluru itu menembusi dada kanannya.

Anak Mohd Anuar tidak cedera.

Bagaimanapun, mangsa masih mampu pulang ke rumahnya di Taman Wahyu, Rantau Panjang, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, sebelum dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas dan dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini.

Mazlan berkata, polis sedang mengesan dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis terdekat.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Mohd Zaid Ahmad berkata, mangsa kini masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi.

Full content generated by Get Full RSS.

Jumpa janin di tapak pelupusan sampah

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jumpa janin di tapak pelupusan sampah MUADZAM SHAH – Seorang wanita Orang Asli yang menjadikan rutin hariannya mencari rezeki dengan mengutip sampah di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ibam, di sini, terkejut apabila menemui sebuah beg plastik sampah yang berisi janin, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, wanita berusia 50-an itu terkejut apabila menjumpai mayat bayi dibaluti pakaian berwarna hitam di dalam plastik sampah berkenaan.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, jantina bayi tersebut masih belum dikenalpasti.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

"Bayi dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu yang terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Inspektor Suzie@ Stephanie Kupit di talian 019-3850502 bagi membantu siasatan.

       

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved