Selasa, 11 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Mayat ditinggalkan di tokong

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mayat ditinggalkan di tokong SEREMBAN - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati mayat abangnya dituntut individu tidak dikenali di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, petang semalam.

Andrew S K Lim, 42, berkata, pihak pengurusan HTJ memaklumkan perkara itu kepadanya semasa dia mahu menuntut mayat abangnya, Lim Hock Seng, 51, yang meninggal dunia di hospital berkenaan, kelmarin.

"Saya dan beberapa ahli keluarga dari Johor dan Singapura tiba di HTJ kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam) dan dimaklumkan mayat abang telah dituntut oleh seorang lelaki bernama Lim.

"Kami terkejut besar kerana pada pengetahuan kami, tiada ahli keluarga lain datang mengambil mayat abang di hospital," katanya di pekarangan sebuah tokong, di sini, semalam.

Menurut Andrew, Lim menghubunginya menerusi telefon petang kelmarin dan meminta dia membayar wang RM3,800 bagi kos menguruskan upacara pengebumian.

Andrew berkata, panggilan diterima itu, menghairankannya kerana dia tidak mengenali Lim dan pelik bagaimana Lim memperoleh nombor telefonnya.

"Saya tidak bersetuju dan meminta lelaki berkenaan memulangkan mayat Hock Seng yang diambilnya sesuka hati.

"Lim kemudian meminta saya mengambil mayat abang yang ditinggalkannya begitu sahaja di sebuah tokong di sekitar Seremban," katanya.

Menurutnya, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak hospital perlu meminta lelaki terbabit menunjukkan dokumen pengenalan diri sebelum menuntut mayat abangnya.

Difahamkan, Hock Seng bekerja sebagai penjaja dimasukkan ke HTJ sejak 10 hari lalu, sebelum dia meninggal dunia dan punca kematian mendiang dirahsiakan keluarganya.

Sementara itu, Pengarah HTJ, Dr Ja'afar Che Mat berkata, kes itu akan diserahkan kepada pihak polis kerana disyaki ada unsur penipuan.

Gigit telinga, ugut potong kemaluan

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Gigit telinga, ugut potong kemaluan KUALA LUMPUR – Impian seorang warga emas mengakhiri zaman bujang dengan bahagia bersama seorang wanita muda dari negara asing bertukar derita, setelah isteri dikenalinya melalui ejen, seorang yang panas baran.

Selain dipaksa tidur di luar rumah, Chin, 61, diperlakukan secara kejam, apabila wanita dari Vietnam itu, menggigit telinganya malah mengugut untuk memotong kemaluan lelaki itu, sekiranya meminta melakukan hubungan seks.

Menurutnya, wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai Quang tersebut menjadi pilihan hatinya selepas ditunjukkan beberapa gambar calon lain menerusi telefon bimbitnya oleh ejen pencari jodoh.

"Bagaimanapun selepas mendirikan rumah tangga dia berubah serta-merta dan tidak benarkan saya menyentuhnya. Dia menolak setiap kali saya ingin mengadakan hubungan seks. Lebih menakutkan pada Ahad lalu, dia menggigit telinga kiri saya menyebabkan kesan 10 lubang serta menggugut akan memotong alat kelamin saya sekiranya menyentuh tubuhnya lagi.

"Malah dia takutkan saya dengan mengatakan dia menghidap HIV, menyebabkan saya membuat pemeriksaan kerana bimbang dijangkiti penyakit itu berikutan kejadian gigit telinga," katanya di Wisma MCA di sini, semalam.

Menurutnya, selain diperlakukan demikian, isterinya juga pernah tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah, menyebabkannya terpaksa tidur merata tempat seperti di perhentian bas, stesen minyak dan sekiranya 'bernasib baik' dia dapat tidur di dapur, stor dan ruang tamu.

Chin berkata, tidak cukup dengan itu, isterinya turut menderanya dengan mengembur minyak angin dan penyembur nyamuk pada mata.

Sehubungan itu, Chin berharap, supaya agensi dikenalinya melalui akhbar itu membayar ganti rugi kepadanya, memandangkan dia telah mengeluarkan perbelanjaan mencecah ribuan ringgit untuk perkahwinan tersebut.

Menyingkap kembali cara perkenalan diaturkan oleh agensi pencari jodoh , dia berkata, selepas membuat pilihan calon dia membayar pendahuluan RM5,000 pada 5 Julai lalu, sebelum diberi kebenaran untuk bertemu.

Kemudian Chin menjelaskan baki bayaran RM11,800 kepada agensi tersebut pada 22 Julai, sementara RM2,116 bagi permohonan visa serta levi pada 16 Ogos lalu.

Menurut Weng Seng, dengan apa yang berlaku itu, ternyata hasratnya untuk men gecap bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak kesampaian akibat sikap panas baran isterinya itu dan dia telah membuat laporan polis berikutan isterinya itu melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pengaduan Awam, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan agensi tersebut bagi membantu mangsa.

Di samping itu, Chong menasihatkan lelaki tempatan supaya memilih isteri di kalangan wanita tempatan bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah.

"Kita menerima tiga aduan tahun lalu bagi kes melibatkan isteri warga Vietnam dan tahun ini sahaja dua aduan, jika tiada kesedaran, kemungkinan kes seperti ini akan bertambah." katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved