Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Perodua, Yayasan Melaka meterai janji

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perodua, Yayasan Melaka meterai janji Perodua memperuntukkan RM22.7 juta untuk membangunkan pusat jualan, servis dan alat ganti (3s) di Ayer Keroh, Melaka dengan pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga 2012 dan siap menjelang akhir 2013.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya menjalin usaha sama dengan Yayasan Melaka untuk memperoleh tanah seluas 1.77 hektar di Kota Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka, dengan pembelian tanah kira-kira RM7.7 juta bagi membina pusat 3s.

Menurutnya, Perodua turut memperuntukkan sehingga RM15 juta bagi tujuan membangunkan pusat 3s itu, sekali gus bakal dijadikan pejabat serantau dan pusat latihan kakitangan wilayah selatan serta wakil penjual Perodua.:

"Kami berasakan lokasi pusat 3s baru ini strategik di mana ia dapat memenuhi permintaan semakin meningkat untuk produk Perodua dan servisnya di Melaka.

"Selain itu, kami juga akan berbincang dengan Yayasan Melaka untuk memasukkan dan menerapkan ciri-ciri kebudayaan, tradisi dan sejarah Melaka di pusat baru 3s ini," katanya pada majlis menandatangani perjanjian jual beli antara Perodua Sales Sdn Bhd dan Yayasan Melaka di Rawang, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Tahir Hasan; Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka, Zaleha Bujang dan Pengurus Besar Yayasan Melaka, Sharabuddin Kudus.

Setakat ini, Perodua ada sebuah pusat 3s di dua cawangan dan dua pusat 3s di lima wakil penjual di Melaka.

Jualan Proton melonjak di Indonesia

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jualan Proton melonjak di Indonesia PERTAMA kali sejak Proton mula memasarkan jualan keretanya di Indonesia, pesanan pelanggan pada tahun ini melebihi bekalan tersedia sehingga menyebabkan mereka perlu menunggu dua bulan dan model yang mendapat sambutan hangat ialah Exora Star.

Sejak model itu dilancarkan di Jakarta Jun lalu, PT Proton Edar Indonesia menjual semua 350 unit dalam stoknya dan 200 unit dipesan pelanggan sejak Ogos hanya dapat diserahkan kepada pembeli bulan ini.

Pengurus Besar Pemasaran Proton Edar Indonesia, Mazlan Mohd Zain berkata, jaminan belian balik oleh Proton, harga yang kompetitif berbanding model sejenis dari jenama lain serta sokongan institusi kewangan dalam bentuk tawaran skim pinjaman menarik, membantu meningkatkan jualan Exora di Indonesia.

"Jaminan belian balik Proton mendorong syarikat kewangan menawarkan jumlah pinjaman lebih besar kepada pelanggan dan mereka kini cuma perlu membayar wang pendahuluan antara 15 dan 20 peratus daripada harga kereta," katanya di Jakarta Indonesia.

Dengan kadar faedah 5.0 hingga 7.0 peratus, pembeli kereta Proton turut menikmati kemudahan ansuran bayaran balik pinjaman dalam tempoh lima tahun.

Sebelum ini, pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara 30 dan 40 peratus dan ansuran pinjaman perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun dalam kebanyakan kes atau maksimum dalam masa empat tahun.

"Sejak April lalu, kami menjual 2,500 unit kereta Proton pelbagai model dan 60 peratus daripada jualan itu ialah model Exora," katanya.

Syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,500 unit model Exora untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved