Isnin, 17 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Melayu perlu sokong kerajaan Islam: Nik Aziz

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Melayu perlu sokong kerajaan Islam: Nik Aziz

KUALA TERENGGANU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan orang Melayu supaya berpegang kepada kerajaan yang berasaskan Islam.

Menurutnya, sepatutnya orang Islam tidak berpegang kepada mana-mana ideologi termasuk sistem kebangsaan yang tidak mampu memenuhi keperluan sebagaimana yang dituntut oleh agama.

Beliau turut mendakwa, sistem kebangsaan bukan daripada ajaran Islam sebaliknya menyamakannya dengan ajaran Yahudi.

"Kita di negara ini, orang Melayu beragama Islam mesti pegang kerajaan berasaskan Islam dan tidak berasaskan kepada kebangsaan sebab (kebangsaan) itu bukan daripada ajaran Islam. Itu ajaran Eropah, ajaran Yahudi dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno di Pantai Pandak, Chendering, di sini, kelmarin.

Nik Aziz turut menyelar sikap Umno yang didakwanya cuba memisahkan politik daripada agama sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Realitinya, beliau berkata, Islam tidak pernah memisahkan antara keduanya dan rakyat perlu mendukung kerajaan berasaskan Islam.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang menerima bukan Islam sebagai dasar kerajaan dan mengambil kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan daripada ajaran Nabi Muhammad SAW.

"Dulu, Nabi Muhammad SAW menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah jika bukan Nabi Muhammad SAW ," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda Pas mahu penjelasan

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pemuda Pas mahu penjelasan

SENAI - Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu mendedahkan ahli keluarga pemimpin pembangkang yang diluluskan permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan disifatkan sebagai tidak wajar.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, KDN seakan tidak memahami isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan mahu bertindak demikian.

"Sebenarnya kita mempertikaikan ratusan warga asing yang dibawa dari Johor ke Istana Dugang Country Resort di Dengkil, Selangor kononnya untuk menghadiri kursus keusahawanan.

"Alasan ini sama sekali tidak dapat diterima kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia dan ia tidak munasabah.

"Bila menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia seolah-olah mengugut. Kami cuma mahu kerajaan jelaskan berhubung isu pemergian warga asing ke kursus, itu sahaja," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Suhaizan yang juga Ketua Pemuda Pas Johor berkata, warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved