Selasa, 18 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

P1 lancar khidmat WiMAX komersil

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

P1 lancar khidmat WiMAX komersil Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah 'Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif' oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menaja projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai P1 Filmmakers Showcase. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia.

Khidmat WiMAX P1 merupakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tetap yang menggunakan spektrum WiMAX 2.3 GHz WiMAX dan piawaian 802.16e, yang juga dikenali sebagai Mobile WiMAX yang membolehkan capaian jalur lebar tanpa dawai sehingga 30 batu (50 km) dari stesen utama. Syarikat beroperasi di Ibu pejabat di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Packet_One_Networks

MAS yakin RAPID menjimatkan

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

MAS yakin RAPID menjimatkan Malaysia Airlines (MAS) yakin mampu jimat pada kadar 30 peratus setahun menerusi penggunaan penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang direka khusus untuk syarikat penerbangan memproses perakaunan pendapatan iaitu RAPID yang disediakan oleh cabang komersial Emirates Group, Mercator sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai.

Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd Azha Abdul Jalil berkata, sejak aplikasi itu digunakan lima tahun lalu, sebanyak 100 juta kupon penerbangan penumpang dan kargo MAS diproses, 60 peratus daripadanya melibatkan penerbangan antarabangsa.

Menurutnya, RAPID adalah penyelesaian perakaunan yang dibangunkan Mercator bagi membolehkan syarikat penerbangan di seluruh dunia memanfaatkan sistem pemprosesan tercanggih.

"Dengan kerjasama dan perniagaan ini diuruskan oleh pakar dari Dubai, MAS telah meraih faedah daripada pengetahuan dan kepakaran Mercator yang mampu menjanjikan menjimatkan kos pemprosesan," katanya pada sidang media sempena meraikan kejayaan Mercator memproses kupon penumpang MAS lebih daripada 100 juta di Kuala Lumpur. Hadir sama, Naib Presiden Kanan Emirates Group, Michael Doersam dan Naib Presiden Mercator, Duncan Alexander.

Bagi pihak Mercator, Doersam berkata, sejak kerjasama itu dilaksanakan pada 2006 lalu, pihaknya merekodkan peningkatan jumlah penumpang secara berterusan dan telah memproses lebih 23 juta transaksi setahun untuk syarikat penerbangan itu sahaja.

Katanya, RAPID menukar data kewangan kepada maklumat strategik bagi memenuhi setiap permintaan syarikat penerbangan tanpa mengambil kira saiz atau pasaran operasi prestasi jualan, jumlah penumpang dan pendapatan kargo yang begitu dititik beratkan oleh sesebuah syarikat penerbangan.

"Maklumat berkaitan perakaunan pendapatan menjadi salah satu faktor penting kerana ia adalah salah satu sumber maklumat dalam meletakkan harga, di samping tujuan menganalisis laluan dan keuntungan rangkaian," katanya.

Selain MAS, AirAsia juga dijangka akan mengguna pakai penyelesaian ini tidak lama lagi. Antara pelanggan Mercator adalah British Airways, Emirates, Etihad, JetBlue, Singapore Airlines dan Qatar Airways.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved