Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pekerja asing sertai kesatuan diteliti

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pekerja asing sertai kesatuan diteliti KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti cada-ngan untuk menerima pekerja asing sebagai ahli kesatuan sekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada asasnya, cadangan itu sangat baik bagi memastikan kebajikan kelompok pekerja berkenan lebih terjaga.

"Pada masa ini, terdapat kira-kira 10,000 pekerja asing di sektor perladangan yang sudah jadi ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW). Saya harap penyertaan seperti ini boleh diperluaskan ke sektor lain," katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, pindaan Akta Pekerjaan 1955 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini bertujuan untuk meningkatkan usaha menjaga kepenti-ngan pekerja.

"Saya harap ini tidak dilihat secara negatif kerana menerusi pindaan itu, kerajaan mempunyai lebih ruang untuk mengawasi agensi pembekal pekerja sekali gus memberi perlindungan kepada pekerja.

"Apa yang kita buat bukan bertujuan untuk melesen, memberi permit atau mewujudkan satu jenis pekerjaan yang baru, tetapi melindungi pekerja yang menjadi mangsa pembekal tidak bertanggungjawab," katanya selepas bertemu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini, semalam.

Sebelum itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, pihaknya membantah pindaan akta itu selain menganggap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan 200 lesen membawa masuk pekerja asing hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Kami harap pembentangan pindaan ini tidak akan dilakukan kerana ia boleh membawa impak negatif kepada pekerja," katanya.

Menurut Mohd Khalid, pihaknya berharap dapat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyuarakan sebab-sebab bantahan itu secara bersemuka.

"Kami harap Perdana Menteri sudi mendengar rintihan hati kami yang bimbang sesuatu yang negatif terjadi kepada kami jika pindaan itu diterima," katanya.

Menurutnya, perkataan 'asing' dalam merujuk pembantu rumah warga asing juga seharusnya tidak lagi digunakan kerana menunjukkan seolah-olah ada diskriminasi dalam mengkategorikan pekerja tempatan dan asing.

Skim pinjaman lebih fleksibel

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Skim pinjaman lebih fleksibel

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan RM8 juta melalui Skim Pinjaman Kecil bagi membantu golongan usahawan menceburi perniagaan berkonsep francais.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kaedah pembayaran juga lebih fleksibel dengan faedah lebih rendah berbanding pinjaman daripada institusi kewangan lain.

Katanya, sejak skim tersebut diperkenalkan, seramai 40 usahawan telah memohon membabitkan jumlah RM400,000 dan dibuka kepada semua pihak yang berminat menjalankan perniagaan secara francais.

"Pinjaman ini diuruskan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan caranya mudah dengan memohon melalui pejabat PSN di setiap zon iaitu zon Timur (Pahang); zon Utara (Puala Pinang); zon Selatan (Johor) termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Pinjaman ditawarkan bermula RM5,000 hingga RM2 juta dengan tempoh bayaran antara lima hingga tujuh tahun. Kadar faedah juga lebih rendah yang tidak membebankan peminjam untuk membayar balik," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Jelajah Francais 1Malaysia anjuran Pemuda Umno dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), semalam.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Pengerusi Perdasama, Datuk Moehamad Ezad Emir dan Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Sementara itu, Sohaimi yang juga Pengerusi Perdasama Muda berkata, program jelajah ini membabitkan 13 negeri di seluruh negara dan negeri pertama adalah di Muar, Johor Ahad ini sekali gus menyasarkan 500 golongan belia bagi setiap hentian.

"Perdasama Muda bersama Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU) mengambil pendeka-tan proaktif untuk mempromosikan peluang menjadi usahawan francais di seluruh negara," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved