Isnin, 3 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tambang AirAsia kekal murah

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tambang AirAsia kekal murah AirAsia memberi jaminan untuk terus kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah dan mengekalkan struktur tambangnya meskipun menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes menegaskan tambang AirAsia tidak akan dinaikkan atau akan berlaku situasi kurang persaingan.

"AirAsia bermula sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah dan kami akan kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah. Tidak akan ada faedah bagi kami (AirAsia) sekiranya tambang dinaikkan," katanya selepas menyampaikan taklimat di Kolej Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.

Tony berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa AirAsia akan menaikkan tambang, yang sekali gus mengurangkan persaingan antara kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Menurutnya, AirAsia adalah syarikat penerbangan berkisar tentang tambang murah, untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan, mereka perlu menawarkan tambang murah.

"Anda ada pilihan, jika anda tidak suka dengan tambang kami (AirAsia), anda tidak akan menggunakan perkhidmatan penerbangan kami," katanya sambil menambah AirAsia sendiri perlu bersaing untuk mendapatkan perniagaan.

Katanya, rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan terhadap kerjasama (antara MAS dan AirAsia) yang bukan sahaja akan memberi faedah kepada industri tetapi juga negara.

"Biasanya, rakyat Malaysia hanya dapat diyakinkan selepas mereka melihat kejayaan, mereka kemudiannya akan menyesal dengan kesilapan mereka.

"Oleh itu, berilah kami sedikit masa dan kami akan membuktikan kepada anda yang janji niaga ini akan menguntungkan," kata Tony, sambil menambah beliau mengalu-alukan pihak-pihak yang mengkritik AirAsia, MAS atau perjanjian pertukaran saham itu dan mendengar segala pandangan dan pendapat :mereka.

Sementara itu, Tony berharap Malaysia Airports akan menyedari faedah perjalanan tambang murah dengan memberikan lebih banyak terminal tambang murah di lapangan terbang Malaysia.

"Kami mempunyai sebuah terminal di Kota Kinabalu dan kami berharap mempunyai sebuah di Pulau Pinang dan di Kuching, Sarawak, kerana kami merasakan perjalanan tambang murah adalah satu perniagaan berasingan daripada premium," katanya.

AirAsia juga dijangka meningkatkan operasi AirAsia Japan, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Katanya, keadaan semasa kelihatan baik kerana Air Asia terus mencatatkan lebih banyak laluan dengan lebih banyak kekerapan dalam 12 bulan lalu.

"Dari segi kewangan, suku ketiga kami nampaknya menggalakkan, saya harap suku keempat juga akan sangat baik dan saya tidak bimbang dengan kemelesetan sekiranya berlaku.

"Secara realitinya, sekarang masa gemilang MAS dan AirAsia kerana kami boleh mendahului dalam perniagaan dan trafik penumpang manakala yang lain (syarikat penerbangan) masih bergelut," katanya.

Sukimi tembusi pasaran di Eropah

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sukimi tembusi pasaran di Eropah Jenama minyak pelincir Bumiputera, Sukimi mulai mendapat tempat dan kepercayaan di pasaran antarabangsa, khususnya Eropah berikutan penyertaannya atas tiket Malaysia ke Pameran Offshore Europe 2011 di Aberdeen, United Kingdom, awal September lalu.

Sambutan hangat itu terus diperkuatkan dengan tukaran nilai mata wang ringgit Malaysia (RM) dengan Euro, sekali gus menjadikan harga produk keluaran syarikat Sukimi Lube (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Shah Alam, amat berdaya saing.

Maklum balas hasil kunjungan ramai wakil syarikat asing ke gerai Sukimi sempena Offshore Europe, turut menggambarkan minat mereka terhadap mutu perkhidmatan Sukimi Lube dari segi ketepatan penghantaran dan cara pembungkusan minyak pelincir berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhazli Muhammad berkata, penerimaan pengunjung di Eropah terhadap produk berjenama Sukimi sangat memuaskan dan meyakinkan mereka untuk menjalinkan usaha sama perniagaan.

"Gerai Sukimi di Aberdeen juga menjadi antara tarikan utama Offshore Europe. Antara syarikat yang berminat bekerjasama dengan Sukimi Lube ialah Saudi Aramco (Arab Saudi), Ben More Energy Limited dan Northern Oils serta Internet AGE (United Kingdom)," katanya.

Muhazli berkata, di pasaran baru itu nanti Sukimi Lube cuba menempatkan produknya dalam industri petrokimia, pembuatan dan perkhidma-tan yang menggunakan minyak pelincir industri selain membuat produk pengeluar perkakasan asal (OEM) yang dikeluarkan atas jenama yang dimohon syarikat di sana.

Setakat ini, Sukimi Lube turut membekalkan minyak pelincir kepada agensi kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan, Jabatan Kerja Raya, dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved