Sabtu, 1 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kanser prostat masih kurang dikesan di kalangan lelaki Malaysia

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kanser prostat masih kurang dikesan di kalangan lelaki Malaysia

KUCHING - Kanser prostat merupakan 6.2 peratus jumlah kes kanser di kalangan lelaki negara ini tetapi penyakit itu masih kurang dikesan dan dirawat bagi lelaki di Malaysia, kata Pakar Kanan Urologist dan ketua jabatan urologi Hospital Umum Sarawak, Dr Teh Guan Chou.

Beliau berkata kanser prostat adalah kanser paling banyak berlaku di Malaysia tetapi ia jarang menunjukkan petanda di peringkat awal dan pesakit hanya merasakannya apabila ia tumbuh sementara yang lainnya adalah prostat yang tidak merbahaya atau 'benign prostatic hyperplasia'(BPH).

"Prostat adalah kelenjar sebesar buah walnat yang membentuk sebahagian daripada sistem produktif lelaki dan dianggarkan separuh daripada kaum lelaki akan mengidap salah satu penyakit prostat terutama apabila mereka meningkat usia," katanya di sini hari ini.

Dr Teh berkata jenis penyakit BPH yang mengeluarkan tanda-tanda pada saluran kencing memberi gangguan dan menjejaskan gaya hidup pesakit dan tidur, adalah pembesaran bukan jenis kanser dalam kelenjar pada lelaki melebihi umur 50 tahun.

Katanya, setelah menyedari kurangnya kesedaran terhadap penyakit prostat, jabatannya akan menganjurkan kempen kesedaran terhadap prostat dua kali di hujung minggu bulan ini bagi lelaki berumur 45 tahun ke atas.

Menurut beliau, tujuannya ialah untuk mendidik golongan berkenaan tentang kesihatan prostat dan perlunya mengesan awal menerusi saringan.

Sebagai sebahagian daripada kempen, saringan percuma prostat akan dijalankan di Spring Shopping Mall pada 9 Okt depan dan di Hospital Umum Sarawak pada 15 Okt yang dikendalikan oleh ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan. - Bernama

SMS palsu MB Kedah kembali sakit

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

SMS palsu MB Kedah kembali sakit

ALOR SETAR - SMS palsu mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak kembali sakit (stroke) disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun pemilik nombor telefon terbabit ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perbuatan itu dilakukannya. - Sinar Utara/Rosnani Saad

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved