Khamis, 20 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Dibelasah jiran naik angin

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dibelasah jiran naik angin AMPANG – Seorang guru wanita mendakwa dibelasah hingga hampir pengsan oleh seorang jiran lelakinya yang naik angin selepas mereka bertengkar berhampiran rumahnya di Taman Cheras di sini, Isnin lalu.

Fiza, 31, yang mengajar sukarela di sebuah pusat tahfiz memberitahu, jirannya itu secara tiba-tiba bertindak ganas membelasahnya sedangkan pertengkaran hanya mengenai kemalangan kecil melibatkan kereta mereka berdua.

Menceritakan kejadian itu Fiza berkata, pada kira-kira jam 6 petang, dia memandu keretanya selepas pulang mengajar dan kebetulan jirannya berusia lingkungan 30-an itu juga sedang memandu kereta di depannya.

"Tiba-tiba dia undur kereta dan rempuh bahagian hadapan kereta jenis Proton Persona milik saya. Saya keluar dari kereta untuk selesaikan masalah kerana kereta saya calar tetapi dia marah saya, sambil cabar supaya ambil tindakan undang-undang sekiranya saya tidak puas hati.

"Ketika saya hendak hubungi polis, dia secara tiba-tiba bertindak ganas, menumbuk muka saya sehingga berdarah, kemudian memukul saya berkali-kali dan terajang peha saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, selepas dibelasah bertalu-talu, dia hampir pitam akibat kesakitan tetapi jiran yang disifatkannya naik angin tidak tentu pasal seperti orang gila itu terus menerus memarahinya sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Fiza berkata, lelaki yang tinggal berjiran dengannya sejak 2001 itu juga bertindak ganas dengan menendang bahagian tepi keretanya sehingga kemek.

Menurutnya, penderitaan dibelasah jiran itu berakhir selepas seorang jirannya yang lain datang membantu, sekali gus meleraikan pergaduhan mereka berdua.

Katanya, kira-kira setengah jam selepas kejadian itu, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah sebelum pergi ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

"Saya memang tidak sangka jiran saya boleh bertindak ganas terhadap wanita. Saya sangat terkejut dengan kejadian ini dan masih trauma apabila terkenangkan peristiwa itu," katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang jirannya itu masih belum memohon maaf atau mahu menyelesaikan kejadian itu secara baik.

Fiza berkata, dia bercadang mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung insiden itu sebelum mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Full content generated by Get Full RSS.

Perompak minta mangsa sumpah

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perompak minta mangsa sumpah BEDONG - Macam-macam gila rupanya dalam dunia ini. Tiga perompak bertindak pelik apabila menyuruh mangsa mereka bersumpah menggunakan al-Quran selepas merompak.

Ini berlaku ke atas sebuah keluarga di Kampung Jilid 9, Kuala Segantang Garam, dekat sini, 5 Oktober lalu apabila salah seorang ahli keluarga mangsa disuruh memegang al-Quran dan bersumpah telah menyerahkan semua wang dan barang bernilai kepada mereka.

Mangsa, Sofiah Omar, 58, berkata, kejadian rompakan di rumahnya berlaku sekitar jam 1 pagi apabila dia yang sedang tidur di dalam bilik utama mendengar bunyi hentakan kuat di dapur.

"Makcik terkejut dengan bunyi itu dan segera mengejutkan suami. Tidak sempat keluar dari bilik, makcik terdengar pula suara ayah makcik yang tidur di luar bilik menjerit.

"Makcik sangkakan ayah makcik mengigau dan sejurus keluar dari pintu bilik, seorang lelaki memakai topeng muka sudah berdiri di hadapan makcik," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Sofiah berkata, dia dan suaminya, Mohamad Md Rejab, 69, kemudian diarahkan keluar dari bilik dan berkumpul di satu bahagian rumah bersama ibu bapanya.

Menurutnya, bapanya yang sudah berusia 78 tahun diikat di kedua belah tangan oleh perompak terbabit, manakala mulut ibunya pula diikat dengan kain.

"Mereka kemudian menggeledah rumah dan bertanya kepada makcik di mana makcik simpan duit dan barang kemas.

"Salah seorang dari mereka pula mengambil gelang dan rantai emas yang makcik pakai," katanya.

Keseluruhannya, mereka merompak seutas rantai emas dan tujuh gelang emas, di samping wang lebih kurang RM7,000.

Sofiah berkata, apa yang menghairankan, perompak itu ada kalanya bersikap mesra dan baik, seperti membawa bapanya ke bilik air untuk buang air.

Perompak itu juga 'baik hati' dengan mengambil segelas air untuk Sofiah apabila dia mengadu haus.

"Lebih setengah jam selepas menggeledah rumah kami, salah seorang daripada perompak itu mengambil al-Quran dan menyuruh makcik memegang al-Quran tersebut dan bersumpah bahawa semua barang-barang berharga yang ada sudah diserahkan kepada mereka.

"Mereka kemudiannya mengambil sarung kaki makcik dan memakainya di tangan lalu bersalaman dengan kami semua sambil meminta ampun dan maaf kerana merompak kami," kata Sofiah, yang masih trauma dengan kejadian itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved