Isnin, 31 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ramai pemilik tidak tahu

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ramai pemilik tidak tahu SHAH ALAM - Sebanyak 137 premis menjual makanan terlibat dengan program Menu Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor.

Namun, terdapat antara peniaga yang tidak mengetahui restoran milik mereka terlibat dalam program Menu Rakyat 1Malaysia.

Pemilik Golden Craft yang terletak di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Zalimah Latip berkata, beliau tidak mengetahui kedainya terlibat dalam program itu tetapi pernah menerima panggilan telefon daripada pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu berkenaan program ini.

Zalimah berkata, pihaknya tidak mengetahui tentang program itu kerana tidak dimaklumkan secara terperinci atau bertulis untuk membolehkan pihaknya membuat rujukan.

"Saya tidak tahu Golden Craft tersenarai dalam program ini kerana tiada surat atau bukti yang mengesahkan kami terlibat dalam program itu.

"Mereka hanya bertanya melalui telefon berkenaan menu sarapan dan makanan tengah hari yang boleh diberikan kepada pelanggan untuk harga serendah RM2 dan RM4," katanya.

Sementara itu, Pemilik Restoran Khalifah Seksyen 7, Abdul Wahid Sharbudin berkata, beliau menyertai program itu atas nama persatuan tetapi belum melaksanakannya kerana belum mendapat se:narai menu untuk dipromosikan.

"Kita masih mengekalkan harga biasa dan sedang menunggu senarai menu serta akan mematuhinya selepas mendapat maklumat tersebut.

"Diharapkan melalui penglibatan ini mampu membantu rakyat berbelanja dan meningkatkan jumlah pengunjung di restoran," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lahirkan graduan berfikiran usahawan

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lahirkan graduan berfikiran usahawan

SHAH ALAM – Politeknik serta institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu memainkan peranan bagi melahirkan pelajar bukan sahaja berpendidikan tetapi berkemahiran tinggi agar mereka mampu menyumbang kemahiran kepada ekonomi negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi tersebut perlu memastikan kursus diikuti pelajar akan membuka laluan terus ke pasaran kerja dan kekal stabil dalam pekerjaan yang diceburi.

Menurutnya, sebanyak 77.8 peratus pelajar lepasan Politeknik mendapat pekerjaan atau melanjutkan pelajaran dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian di mana ia membuktikan lepasan politeknik mempunyai kadar kebolehpasaran tinggi di negara ini.

"Politeknik meletakkan KPI menjelang 2015 hendak dinaikkan kepada 85 peratus kebolehpasaran graduan. Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran, tahun ini kita membelanjakan RM20.8 juta untuk pelbagai program.

"Kita perlu melahirkan tenaga kerja, pelajar, graduan yang boleh menyumbang kepada kejayaan negara dan berhadapan dengan persaingan global.

"Mereka yang menjadi usahawan, membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, melakukan inovasi dan mencipta pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) dan Perasmian Karnival Keusahawanan Politeknik 2011 di Politeknik Sultan Salahuddinn Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, IPT juga perlu mengambil kira bidang baru yang boleh memenuhi kehendak pasaran dan industri dengan melihat kepada perkembangan serta kemajuan negara.

Sementara itu, Pengerusi MPEC, Datuk Mohlis Jaafar berkata, MPEC mempunyai perancangan tersendiri kepada pelajar politeknik di seluruh negara untuk jangka masa lima tahun.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi berkata, ia merupakan program berterusan di mana semua pelajar politeknik di seluruh negara (30 politeknik) akan melibatkan diri setiap semester.

"Ia kesinambungan karnival kecilan yang dijalankan setiap politeknik agar ia memberikan kesan kepada semua pelajarnya sama ada jadi usahawan ataupun menunjukkan minat nilai dan daya usahawan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved