Isnin, 24 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Wanita Thailand cuba seludup 20 ketulan mampat ganja

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Wanita Thailand cuba seludup 20 ketulan mampat ganja

ALOR SETAR - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia negeri Kedah telah menahan wanita warganegara Thailand 28 tahun yang membawa 20 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja berhampiran plaza tol Jitra pada Khamis lalu, jam 9.10 malam.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Saidi Ismail berkata, wanita itu meletakkan ganja seberat 18.634 kg itu di dalam beg pakaian yang turut diletakkan di bahagian bagasi bas ekspress yang dinaiki menghala ke Johor Baharu.

Beliau berkata, ganja yang dibawa wanita itu bernilai kurang RM44,700 dan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. - SH Kedah/Shahni Farhana Mat Sahir

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu tunggal terharu rumah dibaiki

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ibu tunggal terharu rumah dibaiki

PASIR PUTEH - Kesempitaan hidup menyebabkan Rahimah Jusoh, 54, ibu tunggal terpaksa menangguhkan keinginannya untuk memiliki rumah yang lebih selesa di Kampung Seligi di sini.

Namun selepas mendapat perhatian daripada Dun Limbongan, akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan apabila rumah yang didiami bersama cucunya itu dibaik pulih dalam satu program Anak Muda Kelantan Masuk Kampung. - SH Kelantan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved