Ahad, 9 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Risda peruntuk RM121juta bagi memajukan tanah seluas 40,000 hektar

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Risda peruntuk RM121juta bagi memajukan tanah seluas 40,000 hektar

KUALA TERENGGANU- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan sebanyak RM 121juta untuk memajukan tanah seluas 40,000 hektar di seluruh negara dengan projek tanam semula getah, tahun depan, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek. - SH TRG/ Farah

Golongan wanita dapat fokus istimewa dalam belanjawan 2012: Shahrizat

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Golongan wanita dapat fokus istimewa dalam belanjawan 2012: Shahrizat

KANGAR - Golongan wanita mendapat fokus istimewa dalam Belanjawan 2012 sebagai usaha kerajaan meningkatkan tahap pengupayaan mereka termasuk di sektor ekonomi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang ditemui selepas merasmikan program Kembara Nur peringkat negeri Perlis di Kuala Perlis dekat sini berharap golongan wanita memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin.

Sebagai contoh, Shahrizat berkata, bagi menyemarakkan kegiatan ekonomi di kalangan wanita, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan menyediakan sebanyak RM2.1 bilion sebagai pembiayaan pinjaman mikro dengan kira-kira 90 peratus usahawan yang mendapatkan khidmat AIM adalah wanita.

Ketua Wanita Umno Malaysia itu menyifatkan fokus istimewa terhadap golongan wanita itu sejarah dalam Belanjawan negara.

Menurutnya, kebijaksanaan kepimpinan wanita dalam politik mendorong kerajaan memberi tumpuan istimewa kepada gologan wanita negara ini.

Sementara itu, RM24 juta diperuntukkan sebagai bantuan kepada 8,644 penduduk Perlis sejak Jan lalu melalui pelbagai program di bawah kementerian itu.

Bantuan terbesar ialah di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia membabitkan peruntukan sebanyak RM21 juta kepada 8,156 penerima melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada program itu, Shahrizat turut menyampaikan pampasan kepada sembilan waris ketua isi rumah yang telah meninggal dunia melalui Skim Insurans 1Azam membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM135,000.

Turut hadir pada majlis itu anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis, Ahmad Bakri Ali.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved