Selasa, 11 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Ducati yakin agihan pasaran meningkat

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ducati yakin agihan pasaran meningkat Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan 300 peratus bagi keseluruhan model Ducati tahun depan, seiring dengan pengenalan model barunya, Monster 795 yang akan dilancarkan 20 Oktober ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Naza Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan strategi yang dirangka dan harga menarik yang ditawarkan untuk model baru itu.

Menurutnya, pengenalan model baru itu juga disasarkan dapat meningkatkan agihan pasaran dalam kategori 'naked bike' kepada 50 peratus berbanding 20 peratus setakat ini.

"Setakat ini, momentum pertumbuhan untuk model Ducati berkembang setiap tahun di mana pada 2008 dan 2009, syarikat berjaya mencatatkan 100 peratus pertumbuhan jualan.

"Pada masa kini dan akan datang, dengan pengenalan produk Ducati Asian, kami percaya strategi baru yang dirangka dapat memacu Ducati untuk menjadi pemain yang berdaya saing dalam pasaran negara ini," katanya semasa pra pelancaran model baru Ducati, Monster 795 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Naza Group of Companies, Datuk SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Ahmad Razlan Tan Sri Ahmad Razali dan Naib Presiden YTL Group, Jacob Yeoh.

SM Faisal berkata, model baru itu dijangka dapat berterusan menyumbang kepada pertumbuhan Ducati di Malaysia, di mana pada tahun ini volum jualan berkembang mencapai 100 peratus dengan sasaran peruncitan lebih 200 unit Ducati.

Blog medium mudah promosi

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Blog medium mudah promosi Bermula dengan melawat sebuah laman sesawang dari Amerika Syarikat yang membuat kad buatan tangan beberapa tahun dulu, nyata memberi idea untuk Noor Azlina Abdul Samad K memulakan perniagaan yang sama.

Bertitik tolak dari itu, Azlina atau lebih mesra dengan panggilan Lin, nekad menubuhkan perniagaan dalam talian, Lin Handmade Greeting Cards (LHGC) secara kecil-kecilan walaupun ketika itu tidak ada pengalaman berniaga.

"Laman itu benar-benar memberi inspirasi kerana saya sangat meminati seni kraf seperti membuat kad. Selepas melihat dan mendapatkan informasi, saya mula serius ingin menerokai perniagaan ini dan berhasrat mengikut jejak langkah peniaga berkenaan dan ingin berjaya sepertinya yang juga menjalankan perniagaan dari rumah secara dalam talian.

"Memandangkan saya mempunyai latar belakang seni, maka saya yakin boleh pergi jauh dalam bidang ini kerana ia amat sesuai dengan jiwa saya. Saya juga percaya jika saya melakukan apa yang disukai, saya boleh melakukannya dengan baik," katanya yang memulakan LHGC pada 2007.

Menurutnya, pada awal pembabitan dia melalukan kerja-kerja seni kraf kad ini sebagai hobi. Namun, melihat sambutan dan permintaan yang menggalakkan, dia mula belajar untuk menguruskan perniagaan dengan lebih teratur.

Sedar dirinya kurang arif dalam bidang teknologi maklumat (IT), Lin gigih meningkatkan ilmu menerusi Google untuk mendapatkan maklumat dan banyak mencuba ketika mula-mula membuat blog.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved