Selasa, 25 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Apabila telaga minyak kering

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

"Salam sejahtera. Saya seorang rakyat Malaysia. Saya cintakan negara kita. Malaysia cukup indah, tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan, kita tahu apa masalah ini. Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Ingatlah, apa pun terjadi Malaysia ini negara kita. Ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua. Ingatlah walau apa pun terjadi, negara ini adalah negara anda. Ia negara kita. Malaysia perlukan kita semua."

Itulah kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah dalam video Undilah yang diharamkan penyiarannya di stesen-stesen televisyen. Ini realiti sekarang tetapi hakikatnya, Malaysia cukup bertuah kerana kaya dengan pelbagai sumber asli, terutama minyak dan gas. Khazanah ini semestinya digunakan untuk manfaat rakyat generasi ke generasi.

Sebaliknya, ia diguna untuk keuntungan pihak terpilih di mana dalam generasi ini jika tidak ada perubahan dasar dan amalan pengurusan yang strategik, rakyat akan terus menjadi mangsa kepada apa yang Perdana Menteri sebutkan sebagai perangkap sumber asli (resource trap) atau sumpahan sumber (the oil curse) - di mana negara-negara yang kaya dengan sumber minyak akan lebih autokratik, pembangunan ekonomi tidak seimbang dan jurang kemiskinan akan melebar.

Adakah negara kita termakan dengan sumpahan sumber ini? Pada hemat saya, memang negara kita menyaksikan bahana sumpahan sumber dalam penyalahgunaan pendapatan sumber minyak dan gas negara yang boleh dibahagi kepada lima, iaitu sebagai Sumber Ketirisan Ekonomi, Sumber Herotan Ekonomi, Sumber Pemborosan Belanjawan Kerajaan, Sumber Kewangan 'Gelap' dan Sumber Krisis Ekonomi Generasi Muda.

Pertama, Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan 'perbelanjaan' sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini?

Kedua, Petronas diarah kerajaan menjadi penyumbang sumber herotan ekonomi. Subsidi gas dan petrol yang kurang saksama mencetus herotan ekonomi di mana subsidi 'tenaga' dinikmati pelabur asing sebagai sumber kos rendah bila ditambah dengan kos buruh asing yang rendah akan terus memerangkap dan menjerut potensi peningkatan manufacturing value chain untuk negara - tidak seperti di Jepun, Korea dan Singapura di mana mereka ini miskin sumber asli tapi kaya sumber modal insan.

Ketiga, Petronas menjadi telaga buta kewangan untuk belanjawan boros kerajaan. Sepatutnya hasil khazanah negara digunakan secara bijak seperti di Norway yang menubuhkan Tabung Hasil Minyak Negara untuk menabung bagi generasi masa depan apabila sumber minyak habis. Tabung negara Norway hanya membenarkan empat peratus hasil pendapatan minyak (bukan 40 peratus seperti di negara kita) digunakan dalam belanjawan negara.

Keempat, Petronas menjadi sumber kewangan 'gelap' di mana segala akaun dan pengurusan kewangan syarikat tidak perlu dilaporkan kepada Parlimen untuk pengetahuan umum. Oleh demikian kita dapati sumber wang Petronas digunakan untuk pelbagai 'projek khidmat negara' seperti Malaysia Philharmonic Orhestra yang berbelanja tinggi, membina Putrajaya dengan kos berganda dan pelbagai projek mega yang membazir.

Kelima, lebih dari persoalan penyalahgunaan dan pengurusan tidak strategik sumber asli negara adalah apa yang akan berlaku apabila telaga minyak kering? Apakah ini akan cetuskan krisis ekonomi generasi muda kelak yang akan memperlihatkan negara bukan saja miskin sumber asli, tetapi modal insan kerana kurang tumpuan dan pelaburan pendidikan strategik ketika mewah?

Apabila telaga minyak kering, kerajaan terpaksa mencari sumber pendapatan lain seperti menambah pelbagai jenis kutipan cukai baru seperti GST, menaikkan yuran perkhidmatan kerajaan seperti pendidikan, kesihatan, tol, tarif elektrik dan semua yang boleh dinaikkan sehingga beban rakyat berganda.

Oleh itu tidak terlambat untuk rakyat menuntut agar dasar dan pengurusan sumber minyak dan gas negara dipulihkan dengan bijaksana melalui dua pendekatan iaitu Petronas diletakkan di bawah kawal selia Parlimen dan keuntungannya digunakan 10 tahun untuk menjayakan gagasan revolusi pendidikan yang akan membina kapasiti daya saing rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

Kandang kambing, kandang kerbau

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Seperti pernah saya sebutkan dalam ruangan ini, Malaysia kaya dengan isu dan persoalan. Isu terbaru kini berkaitan Profesor Abdul Aziz Bari, seorang pensyarah universiti yang dianggap umum sebagai pakar undang-undang. Beliau telah mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor.

Terdahulu daripada itu, kita dapat tahu tentang komentar Lim Guan Eng terhadap negeri Johor, berkaitan dengan kadar jenayah. Lim Guan Eng sendiri muncul meminta maaf kepada Sultan Johor, namun isu berkenaan tetap berlanjutan kerana ada pihak tidak menyenangi cara beliau meminta maaf.

Perkara yang disentuh oleh kedua-dua mereka, Aziz dan Guan Eng, dapat dikatakan sama saja beratnya, tetapi Guan Eng selaku ahli politik dengan mudah dapat beralih-alih daripada satu perkara ke perkara lain. Tidak sukar bagi ahli politik memadam keresahan dan konflik. Ketika Guan Eng sedang menghadapi satu isu, muncul isu lain, menyebabkan dia dapat melupakan isu yang awal. Saya fikir, Aziz Bari sedang menghadapi suasana lebih tragis, kerana kedudukannya sebagai pensyarah. Beliau menghadapi tindakan daripada pihak atasan UIAM.

Aziz mempunyai maksud yang jauh ketika beliau mengkritik Sultan Selangor. Menurut teori anjakan makna (yang amat relevan dengan politik), kritikan keras terhadap sultan – yang selari dengan pergerakan Dr Mahathir dalam tahun 1983 – tidak wajar dilihat secara literal, tetapi simbolik. Untuk melihat makna yang simbolik ini, perhatikan saja reaksi daripada beberapa pihak, dan reaksi balas oleh Aziz Bari.

Utusan Malaysia 15 Oktober melaporkan cabar-mencabar antara Aziz dengan Datuk Zulkifli Noordin, tokoh politik bebas dari Kedah. Aziz mencabar Zulkifli untuk berdialog dalam soal Perlembagaan Persekutuan, setelah Zulkifli mencabarnya meletakkan jawatan sebagai pensyarah, kerana Zulkifli berpendapat Aziz berpihak kepada pembangkang.

Cabar-mencabar sedemikian adalah bersifat politik, apatah lagi apabila Aziz berkata "Kita tengok sejauh mana kepakaran dia dalam aspek Perlembagaan." Berita Harian 18 Oktober sekali lagi memuatkan cabaran Zulkifli agar Aziz meletakkan jawatan sebagai pensyarah, dan bertanding dengannya di Kulim Bandar Baru atau di mana-mana saja. Selepas itu, tokoh hebat yang lain, Ezam Mohd Noor turut mencabar Aziz meletakkan jawatan, kerana katanya Aziz tidak neutral dalam memberikan komentar.

Walau bagaimanapun, Aziz tidak keseorangan. Tokoh wanita (yang jauh lebih hebat) dari Selangor, Elizabeth Wong bangun membelanya. Menurut Elizabeth, tindakan UIA menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan. (Sinar Harian, 21 Oktober). Jika kita berminat mengikuti reaksi yang tersebar di internet, kita menemukan pandangan-pandangan lain lagi yang menyebelahi Aziz. Pandangan Elizabeth penting kerana kedudukan dan populariti wanita tersebut di Selangor, biar apa pun alasan – yang penting beliau popular.

Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang progresif, pada mulanya teragak-agak. Beliau mengatakan tindakan UIAM menggantung Aziz menimbulkan sedikit persoalan, tetapi tambahnya, jika Aziz bersalah, dia wajar dihukum. Walau bagaimanapun, Saifuddin kemudiannya tegas menyarankan agar penggantungan Aziz ditarik balik oleh universiti berkenaan. (Sinar Harian, 23 Oktober)

Kebimbangan Elizabeth Wong ialah kalau-kalau tindakan terhadap Aziz akan menyebabkan kesemua ahli akademik menjadi pendiam. Menurutnya, ahli akademik tidak akan bersuara mengikut bidang masing-masing, atau secara tidak langsung 'akan disunyikan'. Saya ingin menyatakan pandangan dalam hal seperti ini.

Ahli akademik di Malaysia sentiasa sedar tentang diri mereka, sama ada neutral atau berpihak. Bidang undang-undang, lebih-lebih lagi bidang sains politik, memang kaya dengan segi-segi kritis. Oleh yang demikian, Aziz pasti telah bersedia dengan jalan lain untuk menghadapi suasana seperti dialaminya kini. Ezam ada mengatakan, Aziz tidak neutral dan condong menyokong parti pembangkang. Beliau menyebutkan tulisan Aziz dalam penerbitan Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai bukti sikapnya itu.

Oleh sebab Aziz (sebagai tokoh cerdik pandai) telah sedia tahu tentang hal ini, maka saya fikir cabaran Zulkifli eloklah disambutnya. Pandangan ini saya sandarkan pada hakikat dalam peribahasa kita – 'masuk ke kandang kambing mengembik, masuk ke kandang kerbau menguak'. Di Malaysia, sesiapa yang bersuara 'tanda besar', tetapi masih makan gaji dengan pihak kerajaan, adalah bercanggah dengan prinsip 'kandang kambing' dan 'kandang kerbau'. Dengan kata lebih mudah, Aziz telah 'menguak' walaupun berada di 'kadang kambing'. Sekarang, masuklah ke 'kandang kerbau'.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved