Selasa, 11 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Anwar cabar unjur semula Bajet 2012

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Anwar cabar unjur semula Bajet 2012 KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan mengunjurkan semula Bajet 2012 kepada RM220 bilion, seperti bajet bayangan Pakatan Rakyat (PR), Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua yang dibentang 4 Oktober lalu.

Menurutnya, bajet RM232.8 bilion melibatkan angka besar, tidak mengambil kira penambahan beban hutang rakyat dan negara serta tidak berasaskan angka unjuran defisit.

"Unjuran defisit pada angka 4.7 peratus tidak tepat kerana bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012.

"Unjuran pertumbuhan lima hingga enam peratus tahun 2012 juga, perlu dikaji semula kerana terlalu ting:gi, sedangkan analisa dari sumber lain menunjukkan pertumbuhan lebih rendah," katanya ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, unjuran pertumbuhan terpilih dibuat Bank Dunia ialah 5.7 peratus; Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), 5.5 peratus dan Bank RHB, 4.5 peratus.

"Unjuran terkini dibuat Bank Pembangunan Asia menerusi :Asian Development Outlook 2011 yang diterbitkan pertengahan September lalu, turut mengambil kira risiko keadaan ekonomi global.

"Dalam bajet kali ini, terdapat unjuran tidak bertanggung jawab, sekiranya unjuran pertumbuhan, pendapatan, defisit itu jauh berbeza daripada apa diumumkan Menteri Kewangan, ia wajar dibentangkan semula," katanya.

Anwar berkata, beliau menekankan angka yang bertanggungjawab yang dikira tidak munasabah dan dipertikaikan oleh penganalisis ekonomi.

"Unjuran pertumbuhan ekonomi dan jumlah pendapatan terlalu optimistik dan tidak realistik memburukkan lagi keadaan defisit negara.

"Pendapatan negara sebagaimana diumumkan akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus dalam Bajet 2012, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisis ekonomi tempatan dan dunia," katanya.

Kerajaan tunggu laporan penuh

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan tunggu laporan penuh

KUALA LUMPUR -:Kerajaan masih menunggu laporan penuh daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung kematian jemaah haji Malaysia dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau telah menghubungi wakil Tabung Haji di Madinah dan dimaklumkan bahawa laporan lengkap daripada pihak keselamatan serta polis Arab Saudi belum dikeluarkan.

"Pihak keselamatan dan Kerajaan Arab Saudi masih lagi menjalankan siasatan dan laporan penuh dijangka akan diperolehi dalam tempoh terdekat ini.

"Seramai tiga juta jemaah dari seluruh dunia berada di sana, pelbagai perkara harus diuruskan oleh Kerajaan Arab Saudi, biarkan mereka menjalankan siasatan terlebih dahulu," katanya selepas mengiring Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bagi mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Haji di Kelana Jaya.

Menurutnya, jenazah jemaah itu telah dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi.

Sabtu lalu, Rohani Mohammad Kassim, 39 meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah dikepala ekoran terjatuh dari bangunan sebuah hotel.

Difahamkan, Allahyarham berasal dari Shah Alam mengerjakan haji bersama suaminya, Mohd Noh Abdullah, 54.

Sementara itu, di Makkah, Tabung Haji (TH) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi menyiasat kes terbabit.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat kejadian.

Menurutnya petugas Tabung Haji dan guru-guru agama sedang memberi kaunseling dan sokongan kepada suami wanita itu dan tiga rakan sebilik wanita berkenaan.

"Kejadian berlaku semasa jemaah wanita itu tinggal berseorangan ketika tiga teman sebiliknya sedang mengerjakan solat Asar di masjid," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Syed Salleh berkata, suami wanita itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved