Isnin, 31 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Belajar daripada Lembah Silikon

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru usahawan muda kita supaya belajar daripada Lembah Silikon. Usahawan kita perlu menyahut cabaran untuk mencetuskan kreativiti, membuka minda dan berkeyakinan. Ini adalah semangat yang menjadikan Lembah Silikon hebat. Inilah juga semangat yang akan memandu kita menggandakan kejayaan sebagai usahawan boleh dibanggakan.

Datuk Seri Mohd Najib berkata demikian melalui rakaman video yang saya sampaikan ketika mewakilinya merasmikan program Silicon Valley Comes to Malaysia (SVC2M) di Kuala Lumpur, pada 20 dan 21 Oktober lalu.

SVC2M diuruskan bersama oleh StartupMalaysia.org dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) serta disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi, New Straits Times dan Microsoft.

Ia melibatkan 17 usahawan Lembah Silikon. Antaranya ialah Jawed Karim, pengasas bersama YouTube; Konstantin Guericke, pengasas bersama LinkedIn; Steve Koskie, pengasas bersama DipDive.com; Jeff Hoffman, CEO Priceline dan Naval Ravikant, pelabur Twitter dan Foursquare.

Mereka berceramah, bertemu dan membimbing 800 usahawan muda/baru Malaysia. Daripada jumlah itu, 100 dipilih menghadiri perkhemahan inovasi startup di Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Oktober lalu. Daripada perkhemahan itu, 10 dipilih untuk ke Lembah Silikon selama sebulan pada tahun depan.

SVC2M juga melancarkan StartupMalaysia.org. Ia adalah inisiatif bukan untuk keuntungan yang bertujuan menginspirasi, mengkatalis, mendukung dan mencerna generasi baru usahawan tempatan.

Pengasas-bersama StartupMalaysia.org, Dhakshinamoorthy @ Dash menyenaraikan 10 elemen yang menjadikan Lembah Silikon hebat, yang boleh kita pelajari, iaitu:

1. Kepercayaan. Usahawan-usahawan di sana sedia dan selesa berkongsi idea baru. Perkongsian idea amat penting untuk menghasilkan produk luar biasa.

2. Kegagalan diterima. Tidak semua usaha akan berjaya. Tetapi, jika kegagalan sentiasa dihukum, maka, orang tidak berani berusaha dan kejayaan sukar dicipta.

3. Ekosistem yang kaya dengan bakat dan dana. Universiti Stanford dan Berkeley menyediakan bakat teknikal, manakala Sand Hill Road di sebelahnya menyediakan kemudahan modal.

4. Tiada birokrasi. Organisasi-organisasi yang berkaitan bersifat anjal dan sedia berubah mengikut keperluan.

5. Kepelbagaian latar belakang. Bakat datang dari seluruh dunia. Kebanyakan pengasas bersama produk-produk datang dari pelbagai negara.

6. Akses kepada mentor dan kepakaran. Masuklah ke mana-mana kafe dan kita berkemungkinan mendapatkan nasihat signifikan daripada mereka yang telah membina syarikat-syarikat bernilai berbilion dolar.

7. Budaya yang menginspirasi kreativiti dan kebebasan berfikir. Pendapat yang unik dan idea yang pelik dialu-alukan.

8. Usahawan dianggap bintang rock. Status selebriti yang diberikan kepada usahawan cemerlang menginspirasi bakat-bakat muda untuk menjadi usahawan.

9. Ekosistem sokongan yang memahami. Penyedia-penyedia perkhidmatan sokongan, seperti peguam, akauntan, bank dan media memahami keperluan dunia keusahawanan.

10. Berbuat lebih diiktiraf daripada bercakap. Seseorang dihormati kerana telah melakukan atau membina sesuatu, terutamanya jika produknya meninggalkan dampak kepada dunia. Mereka tidak memberi fokus kepada ijazah dan teori.

Di samping usahawan-usahawan Lembah Silikon, SVC2M turut menampilkan usahawan tempatan yang berjaya di pentas global sebagai penceramah, iaitu Ganesh Kumar Bangah (CEO Friendster), Joel Neoh (CEO Groupon) dan Puan Chan Cheong (CEO Green Packet). SVC2M amat berjaya. Hari ini kita belajar daripada Lembah Silikon. Semoga esok orang belajar daripada Lembah Klang.

Full content generated by Get Full RSS.

Hati-hati agenda jahat ultra kiasu

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober lalu, bersama dua panel lain.

Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum itu dinaikmuatkan dalam YouTube, saudara pembaca boleh menilai apa telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan portal web itu agar berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan seterusnya.

Perkara pokok saya utarakan langsung tidak disiarkan, iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum dilaksanakan, dengan mengambil kira 'kegagalan' beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah menang pilihan raya di Palestin. Ia langsung tidak disiarkan.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum, hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus orang Islam.

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam, tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang merosakkan manusia?

Saya amat bersetuju dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, bahawa gerakan hak asasi manusia ini ibarat wabak komunis. Ramai berselindung di bawah gerakan ini melalui perancangan jahat menghapus dan melunturkan kesucian Islam. Sebab itu, beberapa kali saya tegaskan, dalam melaksanakan Islam, perlu ada penegasan. Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur. Jangan biarkan Melayu dan Islam yang dilindungi Perlembagaan diratah dan dimamah oleh perancangan gerakan ini.

Percayalah, jika bukan Islam, sudah lembut dengan Islam, sudah tentu persepsi mereka terhadap Islam mula kendur. Ini tidak, sebut sahaja Islam, akan ditentang daripada pelbagai sudut, sedangkan Islam tidak bersangkut-paut pun dengan mereka. Lebih-lebih lagi, kita tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal agama mereka. Kenapa mereka begitu berani? Pasti ada gerakan lain di sebalik keberanian ini.

Bukti-bukti menunjukkan, persepsi negatif terhadap Islam tidak pernah berubah daripada dahulu hingga sekarang. Saya mengambil contoh, saat paling baik untuk melaksanakannya adalah selepas peristiwa 13 Mei 1969. Saya katakan 'by force' kerana ternyata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berjaya mendisiplinkan rakyatnya secara paksaan. Saya bercakap dalam konteks selepas 13 Mei 1969.

Malaysiakini dengan sengaja mensensasikan berita tersebut supaya saya diserang, Aziz Bari juga tidak faham kerana telah diperalatkan.

Namun, saya tidak hairan, kerana semua yang membaca web tersebut adalah kalangan ultra kiasu, termasuk Melayu yang telah diultrakiasukan. Jika ultra kiasu ini benar-benar berani, berterus-terang dalam memberikan pandangan. Jangan berselindung menggunakan nama samaran. Saya secara tegas mengatakan, dalam menegakkan kebenaran, isu bangsa sudah tidak penting. Apabila berlaku pertembungan, agama mesti diselamat dan dipertahankan. Apa guna darjat bangsa terangkat jika agama dienjak-enjak oleh ultra kiasu. Saya rela tidak berbangsa, asalkan agama Islam tertegak. Lagipun, ALLAH SWT tidak akan bertanya bangsa saya di akhirat kelak.

Saya menyeru berulang kali, untuk mengembalikan kekuatan dan maruah Islam, Umno dan Pas mesti bersatu. Kita tidak ada pilihan. Islam terus menjadi mangsa jika umat tidak kuat. Lihatlah betapa berani mereka mencabar dan menghina agama Islam.

Jika laman web itu begitu berani memanipulasikan isu, terus-terang saya katakan, laman web ini adalah musuh Islam, walaupun ada wartawan mereka yang beragama Islam.

Mereka mengatakan, tidak ada sesiapapun mendengar suara dan pendapat saya. Tidak mengapa, kerana saya tahu siapakah orang yang ditemu duganya.

Penyelidikan yang dibuat amat kerdil. Mereka sengaja mencari musuh Islam untuk melawan apa saya hujahkan. Saya tidak pernah berasa gentar. Apa yang penting, Islam mesti dipertahankan. Saya ada hak untuk bersuara seperti mana orang lain.

Fikirkanlah, apakah saya lebih berbahaya daripada gerakan hak asasi manusia sedang cuba untuk menghapuskan agenda Islam dan Melayu? Ingatlah wahai saudaraku, sasaran gerakan hak asasi manusia ini yang terakhir adalah negara kita, setelah mereka berjaya melaksanakannya di negara-negara Islam lain. Masihkah kita mahu berdiam diri?

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved