Jumaat, 21 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kutuk tindakan KJ, blog pro-BN

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kutuk tindakan KJ, blog pro-BN

GEORGETOWN - Barisan Exco Pulau Pinang, mengutuk tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan beberapa penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) yang mengheret anak lelaki, Ketua Menteri berusia 16 tahun ke kancah politik kotor mereka.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, tindakan Khairy dan penulis blog itu menunjukkan, betapa rendahnya etika politik mereka sehingga sanggup menggunakan taktik kotor dalam usaha membunuh karier politik lawan mereka.

Mansor berkata, tindakan mereka itu memalukan negara dan menunjukkan kegilaan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

"Tindakan Umno dan BN mengheret kanak-kanak dengan tuduhan melampau adalah tindakan terdesak, setelah merasakan mereka tidak mampu merampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat dengan isu pentadbiran dan dasar.

"Umno dan BN dilihat bankrap idea untuk menyerang PR dari sudut keberkesanan urus tadbir yang terbukti mengutamakan rakyat sehingga melemparkan pelbagai fitnah dan tuduhan kali ini boleh dikira sebagai melampau dan tidak bertamadun," katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasamy dan beberapa barisan Exco lain.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan pendedahan penulis blog yang menyiarkan artikel dan gambar anak lelaki Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mendakwa remaja itu meramas buah dada rakan sekelasnya.

Bagaimanapun, bagi menutup perbuatan itu, penulis blog berkenaan mendakwa, Guan Eng membayar RM200,000 kepada ibu bapa pelajar terbabit.

Sementara itu, Mansor berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga digesa campur tangan dalam isu ini, agar bertindak melindungi kanak-kanak dari terus dijadikan objek penderaan, serangan seksual dan politik.

Beliau berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tidak sepatutnya berdiam diri dalam hal ini, tambahan pada bulan ini dunia akan meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema 'Menjana Karisma Kanak-Kanak'.

"Bagaimana kita mahu membina karisma kanak-kanak, sekiranya mereka terus diheret ke lembah politik.

"Kami mengutuk tindakan mana-mana pihak, menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan politik kerana kanak-kanak dan remaja adalah warisan penyambung pembangunan negara yang sepatutnya dilindungi dan bukannya dianiaya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Umno tidak terlibat

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Umno tidak terlibat

KUALA LUMPUR - Umno tidak terbabit dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, esok.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran per-himpunan itu, bersifat liar dan tidak berasas

"Itu aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kami (Umno) tiada kena mengena dengannya, kenapa pula ia mengaitkan perkara tersebut dengan Umno.

"Saya juga tidak melarang mana-mana ahli untuk menyertainya, terpulang kepada mereka," katanya di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa kemungkinan perhimpunan itu itu didalangi parti politik tertentu.

Tengku Adnan berkata, terdapat pihak tertentu cuba mempolitikkan perhimpunan itu dengan menuduh ianya program Umno yang kononnya cuba membangkitkan sentimen perkauman.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perhimpunan itu melalui media massa dan menafikan pemglibatan Umno dalam program itu.

Namun begitu katanya, Umno tidak menyekat anggotanya menyertai perhimpunan berkenaan, memandangkan ia diadakan di tempat bertutup dan mendapat permit polis.

"Ia tidak akan menimbulkan masalah berbanding perhimpunan jalanan atau demonstrasi tidak terkawal," katanya.

Ahmad berkata, beliau suka mengingatkan agar mana-mana pihak tidak membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

"Kenapa tuduhan berkenaan dilemparkan kerana Umno tidak pernah mengadakan perbincangan dengan penganjur (Himpun)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved