Sabtu, 29 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Kes gadis dibunuh, disimen

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kes gadis dibunuh, disimen BANTING - Seorang penganggur yang dipercayai melarikan diri setelah terlibat dalam pembunuhan tragis seorang gadis dengan mayatnya disumbat dan disimen dalam lubang, akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, di sini, semalam, selepas tujuh tahun berlalu.

Kher Then Hock, 37, didakwa membunuh See Sheau Fang, 18, di sebuah rumah, Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang, Telok Panglima Garang, antara 9.30 pagi dan 5.30 petang, 28 Februari 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Pendaftar, Rozaidi Yaacob.

Selain dituduh membunuh, lelaki tersebut turut didakwa atas tuduhan melarikan diri daripada tahanan polis ketika dia ditahan dalam lokap Balai Polis Tanjung Sepat, Kuala Langat di sini, antara 6.30 dan 7.30 pagi, 13 Mac 2004 .

Kali ini dia didakwa mengikut Seksyen 224 kanun sama dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Ridhuan Abdullah dan kes akan disebut 8 November depan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, selepas dibunuh mayat gadis malang itu disumbat dalam lubang sedalam 1.52 meter yang digali dengan jengkaut, kemudian disimen di hadapan rumah tersebut.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang pada 26 Februari 2004 dan kali terakhir dilihat ke-luar makan bersama beberapa rakannya menaiki sebuah kereta.

Then Lock dikatakan melarikan diri menerusi siling tandas balai polis itu, selepas lima hari ditahan berhubung siasatan terhadap pembunuhan itu.

Selepas tujuh tahun menjadi pelarian dipercayai menggunakan identiti dan kad pengenalan lain, dia ditangkap pada 5 Oktober lalu di Masai, Johor selepas dipercayai terlibat dalam kes curi sebuah kereta mewah.

Bahana Bangkok banjir

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bahana Bangkok banjir KLANG - Keadaan banjir buruk di Bangkok nampaknya bukan sahaja terkesan oleh rakyat negara itu tetapi juga tempias kepada sindiket seludup kenderaan curi apabila mereka terpaksa mengubah haluan eksport ke negara lain.

Tindakan sindiket itu dilihat mengubah strategi dengan cuba mengeksport 14 pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ke Dubai bagaimanapun tumpas selepas sebuah gudang di Bukit Jelutong diserbu polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, kira-kita 6 pagi, 16 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam serbuan itu polis memberkas dua lelaki tempatan, berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Katanya, polis menemui dua kenderaan yang salah satunya sudah dimasukkan ke dalam kontena dan dipercayai akan dibawa ke Pelabuhan Klang untuk dieksport.

"Susulan itu, polis serbu Terminal 1, Pelabuhan Utara dan temui 12 buah lagi kenderaan sama yang dimuatkan ke dalam empat kontena.

"Semua kenderaan ditemui itu dilaporkan curi, masing-masing 11 di Selangor dan satu di Johor, dalam tempoh 4 hingga 12 Oktober. Jumlah kerugian mencecah hampir RM1 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, semalam.

Beliau berkata, suspek berasal dari Sri Petaling dan Seremban itu didapati mula berurusan dengan pihak pengeksport sejak empat tahun lalu.

"Kita percaya masih ada lagi suspek lain terlibat. Kumpulan ini dipercayai aktif mengeksport kenderaan curi sejak awal tahun ini," katanya.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai hubungan dengan sindiket kumpulan Black Water yang tumpas pada 29 Jun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan kerana menerima harta curi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved