Jumaat, 21 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Penggantungan Profesor Abdul Aziz Bari menzalimi cedekiawan

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Penggantungan Profesor Abdul Aziz Bari menzalimi cedekiawan

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berhubung dengan kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalam lingkungan Perlembagaan.

Kini kita dikejutkan lagi dengan berita yang mana beliau juga digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.

KEADILAN berpandangan bahawa tindakan ini seolah-olah merendahkan para akademia dalam tugasan harian mereka untuk memberi pandangan dan pendapat dalam kepakaran mereka.

Adalah sesuatu yang memalukan dan menzalimi para cendakiawan di Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandarkan fakta-fakta imperikal yang sememangnya menjadi kepakaran mereka. Ini sekaligus akan membantutkan proses penyuburan ilmu kepada rakyat.

Isu yang timbul, yang dipolemikkan oleh sesetengah media dan politikus tertentu melibatkan Profesor Dr. Aziz, harus dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan, bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

Mereka seharusnya diberikan ruang untuk memberi komentar mahupun kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara.

Oleh yang demikian atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap isu ini dapat dirungkai oleh pihak pengurusan UIAM agar ia dapat dikendalikan dengan penuh hemah dan wibawa tanpa mencemarkan budaya ilmu seterusnya budaya ilmu ini akan dapat diangkat di Malaysia yang kita kasihi.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Full content generated by Get Full RSS.

Permulaan baik buat Zamri, Hafizh

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Permulaan baik buat Zamri, Hafizh

Pelumba wildcard Moto2 negara, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah menampilkan prestasi  baik pada hari pertama saingan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia yang berlangsung di litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Kedua-dua pelumba PETRONAS Malaysia itu berjaya memperbaiki catatan masing-masing pada kedua-dua sesi latihan bebas  di mana catatan masa terpantas Zamri pada sesi latihan kedua, 2 minit 10.598 saat berjaya mengatasi catatan yang dilakukan pada sesi latihan bebas pertama, 2:12.280s sekali gus meletakkan Zamri di kedudukan ke-26 daripada 39 pelumba.

Catatan tersebut juga 0.5 saat lebih pantas berbanding catatan terbaik sewaktu sesi latihan bebas yang dilakukan sewaktu pertama kali beraksi pada musim lepas.

Zamri, 28 tahun, berkata, "Kami menggunakan dua jenis tayar yang berbeza pada hari ini untuk mendapatkan tayar manakah yang paling sesuai digunakan pada sesi ujian masa esok. Daripada kedua-dua sesi latihan hari ini, saya pasti jurutera pasukan dapat menentukan tayar manakah yang akan digunakan nanti dan saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka," jelas Zamri sambil mengakui penampilannya kali ini lebih selesa berbanding tahun lepas.

Sepertimana Zamri, Hafizh yang beraksi buat pertama kali di pentas MotoGP turut memperbaiki catatan terbaik yang dilakukan pada hari ini. Pada sesi latihan pertama, Hafizh mencatatkan 2:12.687s manakala mencatatkan 2:11.321s pada sesi latihan bebas kedua dan meletakkannya dirinya di tangga ke-33.

Hafizh berkata, "Pada sebelah pagi, catatan saya tidak begitu pantas kerana saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan tayar yang digunakan. Saya juga terganggu dengan beberapa bahagian litar yang agak basah. Selepas itu saya berjaya memperbaikinya pada sesi latihan kedua dan saya yakin dapat menunjukkan peningkatan pada sesi latihan ketiga dan ujian masa pada hari esok," jelas pelumba 17 tahun itu.

Mengulas tentang pengalamannya pada hari ini, Hafizh berkata, "Suasana pada perlumbaan MotoGP begitu berbeza dengan aksi di ARRC. Jumlah pelumbanya lebih ramai dan saya masih tidak biasa dengannya. Walau bagaimanapun, saya pasti akan terus berusaha meningkatkan prestasi saya pada sepanjang perlumbaan ini."

Sementara itu, Prinsipal Pasukan, Ron Hogg menjelaskan secara keseluruhan mereka gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelumba pada hari ini. "Matlamat utama kami pada hari ini adalah untuk mencuba kombinasi -kombinasi jenis tayar yang dibekalkan kepada setiap pasukan. Secara teknikal, kami berjaya mengumpul segala maklumat yang diperlukan bagi menghadapi sesi ujian masa pada hari esok," jelas Ron sambil menyifatkan prestasi pada tahun ini lebih baik berbanding musim lepas.

Issued by Global PR Sdn Bhd

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved