Khamis, 6 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pemandu ambulans ditumbuk didakwa lambat tiba dirumah pesakit

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pemandu ambulans ditumbuk didakwa lambat tiba dirumah pesakit

BESUT - Seorang pemandu ambulans dari Hospital Daerah Besut lebam mata kiri setelah ditumbuk seorang lelaki kerana didakwa lambat tiba untuk membawa isteri lelaki itu ke hospital.

Kejadian di Taman Abdullah, Alor Lintah, dekat Jerteh pada 2.45 pagi tadi, disaksikan seorang Pegawai Perubatan dan dua jururawat yang datang bersama dalam ambulans itu yang dipandu Mahadi Mohd Jaafar, 39.

Mahadi, yang turut cedera di pipi kiri, memberitahu pemberita bahawa pada 2.30 pagi beliau menerima arahan daripada pegawai bertugas untuk mengambil seorang wanita yang sakit untuk bersalin di kawasan perumahan itu.

Katanya sebelum ke rumah berkenaan, beliau terlebih dahulu mengambil seorang Pegawai Perubatan serta dua jururawat dan tiba di rumah pesakit 15 minit kemudian.

"Sebaik tiba di rumah itu, seorang lelaki terus marah dengan mengatakan kami lambat sampai dan dia secara tiba-tiba menumbuk muka saya sekali di bahagian pipi dan mata kiri," katanya.

Katanya lelaki itu bagaimanapun ditenangkan anggota keluarganya yang lain. Ketika kekecohan berlaku, Pegawai Perubatan dan dua jururawat itu membantu wanita berkenaan melahirkan sepasang anak kembar.

Mahadi berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Jerteh 40 minit kemudian selepas menghantar wanita dan dua bayi kembar itu ke hospital.

Ketua Polis Daerah Besu, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian.- Bernama

Bagi Enot peluang - Ustaz Fathul Bari

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bagi Enot peluang - Ustaz Fathul Bari

Individu yang melakukan kesalahan dan telahpun memohon maaf perlu diberi peluang oleh masyarakat, bukannya terus dikecam.

Demikian kata penasihat agama yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahaya berhubung persepsi negatif masyarakat yang dilemparkan kepada pelakon Aliza Abdullah atau Enot atas kesilapannya memberi pendapat berkaitan hukum hudud.

Menurut Fathul, memaafkan orang lain dan memberi peluang kepadanya untuk menebus kesalahan amat dituntut dalam ajaran Islam.

"Dalam hal ini, artis tersebut (Enot) telah melakukan perkara yang wajar iaitu mengakui kesilapannya serta meminta maaf.

"Islam adalah agama pemaaf, jadi sewajarnya kita ruang agar individu itu dapat memperbetulkan kesilapannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi. - Ikuti kenyataan selanjutnya dalam akhbar Sinar Harian esok

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved