Jumaat, 28 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Taktik licik Datuk terbongkar

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Taktik licik Datuk terbongkar JOHOR BAHRU –S:eorang lelaki warga Singapura menggunakan gelaran 'Datuk Mohd Shah' ditahan polis Jumaat lalu, kerana dipercayai menipu seorang ahli perniagaan warga tempatan yang membuat laporan polis pada 14 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, suspek yang berusia 58 tahun itu berjaya ditahan polis pada pada 21 Oktober lalu di kediamannya di Jalan Setia Tropika, di sini.

Menurutnya, mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM946,560 selepas terpedaya dengan empat tawaran yang diberikan suspek termasuk untuk mendapatkan lesen senjata api.

"Tiga lagi tawaran dikemukakan suspek adalah mendapatkan kontrak bina longkang, berjanji menguruskan pemilikan nombor pendaftaran kereta WWW 1 bersama kelulusan cermin gelap dan mendapatkan kelulusan pinjaman RM5 juta.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak bergelar Datuk. Pihak polis percaya lelaki itu menggunakan gelaran berkenaan untuk memperdayakan mangsa yang berurusan dengannya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Mohd Luthfi berkata, berdasarkan hasil siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan pihaknya juga sedang menjalankan siasatan bagaimana mangsa boleh berhubung sekali gus berkenalan dengan Datuk berkenaan.

"Sesiapa yang telah diperdaya oleh 'Datuk Mohd Shah' melalui cara penipuan ini, dinasihatkan supaya membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga dinasihatkan menggunakan saluran betul melalui agensi ditetapkan untuk mendapatkan sebarang kelulusan," katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 25 Oktober, telah dibebaskan dengan jaminan polis, namun pihaknya masih meneruskan siasatan bagi kes berkenaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya didekati individu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran tertentu dengan mempunyai kedudukan yang boleh membantu sehingga menimbulkan keraguan, boleh menghubungi kami di talian 07-2254656," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

302 ular senduk Asia dirampas

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

302 ular senduk Asia dirampas KEPALA BATAS - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), merampas 302 ular senduk Asia atau nama saintifiknya Naja Naja, 146 kura-kura katup (Coura Amboinennsis) dan kera (Macaca Fascicularis).

Pegawai Penguat kuasa Perhilitan Wilayah Persekutuan, Celescoriano Razond berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya mengadakan serbuan pada 10.25 pagi, Rabu lalu, di sebuah rumah di Kampung Kandis, Kodiang.

Menurutnya, pemeriksaan kemudiannya membawa kepada penemuan ratusan spesies hidupan liar tersenarai di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), ditempatkan di bilik stor hadapan dan belakang rumah milik lelaki berusia 40-an.

"Kebanyakan haiwan berada di dalam guni, manakala sebahagian daripadanya ditempatkan di dalam kurungan khas.

"Dua lelaki termasuk seorang lelaki berusia 30-an dipercayai pemilik haiwan berkenaan, telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya di Pusat Konservasi Tuntung Bukit Pinang, semalam.

Menurutnya, jumlah rampasan 302 ular senduk Asia dianggarkan bernilai RM30,000 yang mana seekor ular itu dianggarkan seberat 1.5 kilogram (kg) hingga 2 kg dan setiap kg dianggarkan bernilai antara RM40 hingga RM50.

"Jumlah nilai keseluruhan rampasan masih dalam siasatan," katanya.

Celescoriano berkata, siasatan awal mendapati haiwan berkenaan dikurung di rumah berkenaan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu dan dipercayai untuk diedarkan ke pasaran luar negara.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, pemilik premis gagal menunjukkan sebarang dokumen atau surat kebenaran sah daripada Jabatan Perhilitan untuk memiliki atau menyimpan hidupan liar berkenaan.

"Malah pemilik premis juga tidak mempunyai lesen dikeluarkan Jabatan Perhilitan, untuk menjalankan perniagaan hidupan liar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved