Rabu, 26 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Suara ahli akademik yang dibisukan

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tergelak besar saya membaca kicauan @TheTunku di laman Twitter tentang kes penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari (Aziz Bari) baru-baru ini: "Good god, you fools, he's an academic, why are you silencing him? Nobody listens to academics unless they are silenced!"

Benar bukan pengamatan @TheTunku itu? Lazimnya penulisan atau pendapat mereka yang bernaung di bawah frasa nama ahli akademik atau cendekiawan atau si bijak pandai hanya kita baca sepintas lalu sahaja, kadang-kadang tak faham apa pun. Tapi bila mereka dikekang, barulah kita baca dengan teliti apa cuba mereka sampaikan.

Saya juga sudah letih menulis tentang kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat tanpa memikirkan akibat. Rasanya tahun 2011 ini sahaja, sudah lima-enam kali saya berkalam di paksi yang serupa. Menceceh macam radio buruk, ulang-ulang perkara sama, sungguh membosankan.

Kali ini giliran satu institusi pengajian tinggi yang amat hebat di mata saya melakukan khilaf serupa. Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim tidak memerlukan pengenalan terdahulu kerana mereka adalah antara laman ilmu terbaik negara; bertanggungjawab melahirkan ribuan peguam dan pakar undang-undang tanah air.

Perbincangan dan komentar intelek tidak harus dikekang, apatah lagi dikompromi dengan tindakan menggantung kerja dan sebagainya, walaupun sebab penggantungan kononnya untuk membantu siasatan. Kenapa dicalar nama gargantuan seperti Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim kerana ingin menggantung ahli akademik yang berpendapat tidak sealiran dengan sesetengah pendapat stereotaip?

Tersenyum sumbing saya membaca fikiran terkemudian (an afterthought) dari rektor profesor yang memberi kenyataan, kononnya Aziz digantung untuk siasatan tetapi masih dibenarkan masuk ke dalam kompaun universiti. Sedangkan Aziz dan peguamnya tetap menegaskan beliau digantung tanpa masa spesifik dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kompaun universiti.

Portal berita internet negara ada memperbutirkan sebahagian dari surat yang memberi efek terhadap penggantungan Aziz. Saya dan pembaca budiman boleh menilai sendiri maksud surat tersebut:

"Kindly take note that pending the completion of the University's investigation into the above allegation and the outcome of any inquiry which the University may wish to conduct, you shall be suspended from service on full pay with immediate effect, until further notice," the letter reads.

"Please be reminded that during the period of your suspension, you are not authorised to enter the premises of the University without the express written permission of the Dean, Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws."

Bagaimana boleh jadi begini, Rektor Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin? Kenapa berbeza kenyataan media profesor dengan surat yang dituju kepada Aziz? Maaf cakap, pendapat saya apa yang tergantung di sini cuma maruah dan keterbukaan Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim.

Penggantungan Aziz bersifat pramatang dan berniat untuk menggentarkan (to intimidate) ahli akademik yang lain. Sekiranya selepas siasatan Aziz dibenarkan untuk berkhidmat semula, apa kesan penggantungan sementara itu?

Juga saya amat tertarik dengan pendapat pelajar tahun ketiga di kulliyyah undang-undang sama, Fuad Syazwan Ramli, di mana beliau mempersoalkan tindakan Universiti Islam Antarabangsa dalam mempraktikkan apa yditermakan sebagai discretionary semasa memutuskan penggantungan Aziz. Seksyen 21 Staff Disciplinary Rules 2005 of the International Islamic University Malaysia (IIUM), memberi kuasa kepada pihak universiti untuk menggantung mana-mana ahli akademiknya:

"21. The University may suspend a staff member under this rule pending an inquiry into the alleged breach of discipline by the staff member. The period of suspension will depend on the reasonable time required to carry out an investigation and conclude the inquiry into the alleged breach of discipline."

Namun, saya bersetuju dengan pendapat Fuad bahawa perkataan may dalam Seksyen 21 itu telah memberi maksud bahawa pihak universiti boleh menggunakan budi bicara semasa hendak menggantung perkhidmatan mana-mana ahli akademik di bawah naungan universiti. Sekiranya budi bicara digunakan, tentu penggantungan Aziz datang secepat ini, bukan begitu?

Dan pesanan saya untuk politikus yang tidak mampu menahan diri dari memberi komen tentang penggantungan Aziz: Walaupun saya percaya kepada kebebasan bersuara, tolonglah, anda itu bukan ahli akademik. Kalau politikus rasa kecil hati dengan pesanan saya, pohon menghormati satu perkara: di ruangan ini, saya bebas bersuara.

Bagaimana modal insan boleh menggapai awan jika suara ahli akademik dikekang? Bagaimana hendak merintis pelopor muda berminda kritis, jika fikiran Aziz kita bisukan?

•Elviza menjadi seorang peguam kerana jasa dan tunjuk ajar cendekiawan seperti Aziz.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan biar dia mati dengan mimpi

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dia banyak ilmu dan kepakaran, rajin (berulang-alik dengan motosikal kira-kira 140 Kilometer antara rumah dan tempat perniagaan setiap hari), tidak pernah memohon apa bentuk bantuan sekali pun, sama ada daripada kerajaan atau badan kewangan.

Kalau orang lain, barangkali sudah lama kaya raya, tetapi Jamil, jangankan menjadi bos, perniagaannya pun terumbang-ambing.

Sudah hampir 30 tahun dia membuka kedai membaiki televisyen di gerai kecil di sebuah kawasan tidak jauh dari ibu kota, perniagaannya. Entah apa nasibnya; masih di takuk lama. Dia tentu memakan hati berulam jantung setiap hari. Jika tidak masakan rupanya kelihatan jauh lebih berumur daripada usianya yang mencecah 60 tahun itu.

Tidak hairanlah dalam keluhannya, Jamil menganggap dirinya melakukan kerja bodoh, walaupun orang sepertinya sepatutnya sudah boleh digelar wira; kalau tidak didendang pun tidak mengapa.

Bayangkan, pada hujung 60-an, ketika berumur 19 tahun, masa remaja lain masih merangkak mencari kerja, Jamil dan sembilan pelatih (dia antara dua anak Melayu) dihantar ke United Kingdom untuk jalani kursus intensif elektronik enjin kapal terbang.

Pada pertengahan 70-an, masa ramai yang seusia dengannya baru bekerja, Jamil sudah sampai ke negara matahari terbit, untuk belajar membaiki alat elektronik enjin bullet train. Dia nikmati gaji RM3,000 sebulan dan hampir pakai sayap di bahu sebagai pilot pada usia 27 tahun, tetapi nasib rupanya tidak menyebelahinya.

Dia alami buasir; tidak boleh jadi pilot dan segala kenikmatan hidupnya seolah-olah bernoktah di situ. Jamil mempraktikkan kepakarannya yang hebat itu dengan membaiki TV di gerai tersorok yang disewanya kira-kira RM150.00 sebulan hingga hari ini.

Beberapa pengusaha syarikat Jepun yang mengunjunginya satu ketika dahulu menganggap dia bodoh. Dalam kalangan pekerja Jepun sendiri, mereka tidak membuat kerja seperti Jamil. Kata mereka di negara mereka, tiga empat orang pekerja berkongsi tenaga dan fikiran buat satu unit alat TV, tapi Jamil mampu buat semua unit TV seorang diri. Begitulah Jamil yang malang.

Saya menceritakan kembali sedikit daripada liku-liku hidup berduri seorang rakan kerana saya percaya dia mempunyai azam yang kuat dan tidak mahu bergantung kepada tongkat dan payung untuk maju dan berjaya.

Yang saya ingat, Jamil pernah cuba mendekati pegawai sebuah agensi yang dia tahu untuk menawarkan khidmat kepakarannya. Dia minta dibayar sekitar tiga empat ribu ringgit sahaja sebulan dan dia boleh membaiki bahagian elektronik enjin kereta api atau kapal terbang, atau apa sahaja.

Ini boleh jimat belanja yang tinggi yang perlu dibayar melalui tender. Tapi, katanya, dia tidak dilayan. Saya tidak mahu menyebelahinya. Saya tidak tahu apa masalah sebenar; kedegilan, sikap, pendekatan atau personalitinya yang membuat tawarannya tidak dilayan. Saya ulangi sedikit cerita memilukan ini selepas membaca jaminan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Kata beliau, kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk membantu usahawan kecil dan sederhana yang gagal dalam perniagaan supaya mereka boleh bangkit semula selaras dengan prinsip mesra perniagaan.

Kegagalan sesebuah perniagaan, kata Muhyiddin, boleh dijadikan asas pada kejayaan dan ia juga cabaran kepada kerajaan. Saya tertarik dengan kata-kata itu.

Menurut Muhyiddin, kita masih dalam proses memajukan diri menerusi program transformasi dan mungkin ada usahawan yang gagal dalam tempoh itu.

Jika ada kes sesebuah perniagaan seperti itu yang memerlukan perhatian khusus, perlu ada kaedah mengatasi masalah itu. Ini juga selaras dengan dasar mesra perniagaan kerajaan.

Saya suka kata-kata itu dan kali ini, memandangkan ia datang dari orang nombor dua, negara, saya percaya ia boleh menjadi kenyataan; nasib Jamil akan betul-betul mendapat perhatian serius dan hidup orang seperti Jamil boleh berubah sedikit.

Usianya sudah melepasi senja, tetapi barangkali belum terlambat untuk diabantu. Kepakaran yang ada padanya masih boleh disalurkan kepada anak-anak muda yang dahagakannya.

Saya menyebut begitu sebab ada juga yayasan yang memberikan perhatian setelah nasib Jamil didedahkan lapan bulan lalu, tetapi belum nampak apa-apa tindakan.

Dahulu saya kata, kecuali berlaku keajaiban, Jamil, dan ramai lagi mereka yang senasib dengannya, akan mati bersama kepakaran dan mimpi kecil mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved