Selasa, 25 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bom lama dalam timbunan besi buruk

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bom lama dalam timbunan besi buruk KUALA LANGAT - Sebutir bom lama berbentuk roket dipercayai tinggalan Perang Dunia ke-2, ditemui dalam timbunan besi buruk di sebuah kilang di Olak Lempit, Banting, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan penemuan itu dan mengatakan, bom berkenaan adalah senjata pengeboman yang diletakkan di bawah kapal terbang.

Menurutnya, bom bersaiz 1.06 meter tinggi dengan lebar 0.6 meter itu, ditemui oleh seorang pekerja premis ketika sedang melakukan kerja-kerja mengemas timbunan besi buruk kira-kira jam 9.15 pagi.

"Pekerja premis yang terkejut dengan penemuan itu terus mengasingkan besi buruk untuk mengeluarkan bom.

"Dia kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut," katanya.

Nordin berkata, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dihantar ke tempat itu untuk siasatan lanjut.

"UPB musnahkan bom itu kira-kira jam 1.40 petang tadi (semalam) dan kes ini dianggap selesai," katanya.

Katanya, timbunan besi buruk itu diimport dari luar negara dan masih belum dapat dikenalpasti berapa lama ia berada di situ bersama bom terbabit.

Menurutnya, polis bagaimanapun memuji tindakan pantas pekerja premis yang memaklumkan kejadian tersebut kepada polis selepas menemui bom berkenaan.

"Orang ramai yang temui objek mencurigakan dipercayai bom lama, dinasihatkan supaya tidak bertindak sendiri. Mereka perlu lapor kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pusat penjagaan paksa anak yatim piatu mengemis

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pusat penjagaan paksa anak yatim piatu mengemis

SHAH ALAM – Seorang anak yatim piatu mendakwa dipaksa mengemis oleh penjaga di sebuah pusat penjagaan di Kajang dan akan diseksa sekiranya enggan melakukannya.

Akibat tidak tahan diperlakukan demikian, remaja perempuan berusia 14 tahun itu mengambil peluang melarikan diri ketika dihantar ke Puchong untuk meminta sedekah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab Wahab berkata, remaja yang tidak bersekolah itu meminta bantuan daripada pekerja di sebuah kedai gunting rambut yang kemudian membawa mangsa ke salah sebuah pusat kebajikan di Petaling Jaya sebelum membuat laporan polis.

"Pemeriksaan kesihatan mendapati kesan di badan mangsa, dipercayai didera menggunakan rotan.

"Kita akan mengesan dua penjaga di pusat penjagaan tersebut untuk membantu siasatan dan menyiasat status pusat jagaan itu sama ada beroperasi secara haram," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan keterangan remaja berkenaan, mangsa mendakwa dipaksa mengemis di beberapa kawasan tumpuan orang ramai sekitar Lembah Klang dan agensi nombor ramalan pada setiap hujung minggu dan akan dirotan sekiranya enggan melakukannya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved